background

Saturday, 12 October 2013

Ujian & Dugaan ALLAH (PBS)

Pray 4 RABI4*..
Apa itu Ujian dan Dugaan? Di dalam Al-Quran Allah menyebut ujian dan dugaan ini sebagai bala' dan fitnah. Dalam kita menjalani liku-liku kehidupan di dunia ini, kita tidak lari dan tidak akan pernah terlepas daripada diuji. Jadi persoalannya, mengapa kita diuji oleh ALLAH SWT? Allah ada berfirman dalam surah Al-Ankabut: 2,3:
          أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين
          ”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.” [al-Ankabut: 2-3]

Jadi, daripada ayat tersebut, kita dapat simpulkan bahawa ALLAH berikan ujian kepada kita untuk menguji tahap keimanan kita. Sebenarnya, ujian ini juga mengajar kita erti kesabaran dan ketabahan.
Ia menjadikan diri kita lebih tabah dan kuat untuk menghadapi segala rintangan dalam renjau kehidupan ini. Jika kita tidak diuji, kita tidak akan menjadi seorang yang lebih baik. Ujian inilah yang membantu kita menjadi hamba-Nya yang soleh. Sesungguhnya ujian daripada ALLAH ini, merupakan tanda ALLAH sayang pada kita. Semakin besar ujian yang menimpa kita, semakin besarlah kasih sayang ALLAH pada kita. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:


إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

’Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.“ [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]



Jelas di sini bahawa, ujian ini menguji keimanan manusia. Jika orang-orang yang beriman, mereka akan menerima ujian ALLAH ini dengan redha. Manakala mereka yang lalai dan alpa pula sebaliknya.
Mereka tidak redha ,merungut dan mempersoalkan ujian yang ALLAH berikan kepada mereka.
Adakah kita seperti mereka? Ayuh kita muhasabah diri kita. 

Baru-baru ini.. Syidah dan sahabat2 Syidah, ditimpa satu ujian yang agak besar bagi kami. Memandang, kini sudah menjelang akhir tahun, semua guru meminta kami menyiapkan PBS . Bukan 1,2,3.. tetapi lebih.. Dengan Folionya, laporannya, brosur, kalender dan lain2.. Memang banyak sangat.
Kemudian, minggu hadapan kami akan mengahadapi peperiksaan Al-Azhar dan Akademik. Jadi,
bila kami nak ulangkaji pelajaran? Kami sangat lah buntu dan tension ketika itu.

Sampaikan pada suatu hari, Syidah menangis. Kerana terlalu tension dan stress.Kebetulan, hari itu merupakan hari ulang tahun ayah Syidah. Semalamnya, kawan Syidah ada cakap masuk makmal. Syidah fikir makmal komputer, rupa-rupanya makmal sains. Punya lah malam tu, Syidah rancang nak buat itu ini untuk ayah. Kemudian tak jadi pulak pergi makmal. Memang tim tu, bertambah lah stress nya. Balik2 dari sekolah je, pergi makan dan solat. Time solat tu Ya ALLAH. memang sebak sangat.
Syidah nangis semahu-mahunya. Lagi2 time sujud. Habis basah lantai tu. Air matanya mengalir berjujuran. Time doa lepas solat tu. Syidah mengadu pada ALLAH kerana hanya kepada-Nya sahaja tempat kita mengadu.

Usai solat, Syidah pun call lah ayah. Syidah pun ceritalah kat ayah pasal PBS tu. Ssyidah cakap banyak sangat kerjanya, nak nagis da. Pastu, ayah Syidah ingatkan dekat Syidah satu ayat yang sentiasa kami baca di asrama waktu maksurat. Iaitu:

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
”Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.“ [Al-Baqarah: 286]

Jadi, ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa, Allah tidak akan menguji kita melebihi kemampuan kita.
Jadi sebesar mana pun ujian kita, jika kita yakin dengan ALLAH, In Sya ALLAH pasti, kita boleh hadapinya dengan sabar, redha dan ikhlas, kan?

Baiklah, Jadi, marilah sama2 kita muhasabah diri kita balik. Atyuh kita berubah ke arah yang lebih baik. Dan redha atas ujian yang diberikan-Nya. Ok? 

Tata.. Wassalamu'alaikum.. PeaceNoWar. Pray4RABI4*

 




    أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين
    ”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.” [al-Ankabut: 2-3]