Kaifa halukum ya Asdiqai!,,
Dalam bulan/ ambang Maulidur Rasul ini,
adakah kita sudah cukup berselawat kepada Baginda?
Masihkah kita mengingati Baginda?
Perit dan payah Baginda?
yang banyak berkorban untuk kita...
tanpa ada rasa keluh dan kesal.....
walaupun, selalu dihina,dicaci,dimaki....
Adakah kita merasai? Bagaimana,
keperitan yang dialami Rasulullah?
Segala pengorbanan Baginda dan Sahabat..
yang bertungkus lumus dan bersusah payah,
untuk mendapatkan.,.agama Islam..
Lihat.. Ya Hanana..~ betapa beruntungnya kami..
kerana, mempunyai Rasulullah,..
Betapa beruntungnya kami,
munculnya Rasulullah SAW.....
cuba kita renungkan...
jika, kita tiada Rasulullah....
adakah kita mengenal Allah Yang Maha Esa?
adakah kita mengenal apa itu Islam?
adakah kita masih berada di jalan yang benar...?
jalan yang boleh membantu kita masuk ke dalam Syurga?
pastinya tidak kan?
mungkin, kita sekarang ini, sudah tersesat,
dari agama ALLAH...
dan, pasti kita hidup dalam kejahilan...
dalam jiwa yang tidak tenang,
hati yang.... begitu gusar dan sentiasa gelisah..
kerana, hanya ada satu sahaja agama..
yang benar ,aman dan tenteram
iaitu, agama ISLAM!..
lihatlah.. Ya Hanana~
Betapa beruntungnya kita..
kerana kita sudah beragama Islam sejak dilahirkan lagi..
Bayangkan, jika... kita dilahirkan dalam kekufuran..
Na'uzubillahiminzalik..
jadi.. kita.. sebagai umat Rasulullah..
perlulah menghargai segala pengorbanan Baginda..
kita seharusnya bersyukur,...
kerana, kita memperoleh 2 nikmat yang terbesar,..
iaitu, nikmat Iman dan Islam.. Alhamdulillah..
Adakah, kita hanya perlu berselawat ke atasnya..
ketika Maulidur Rasul ini sahaja?
Tidak, kita seharusnya, sentiasa berselawat ke atasnya..
setiap masa di mana jua kita berada..
kerana, sesungguhnya,
sesiapa yang berselawat kepada Baginda..
kelak, Baginda akan memberikan syafa'at kepadanya.
di mana ketika itu, tiada sesiapa yang boleh membantu kita..
selain syafa'at Baginda...
Jadi, marilah kita berselawat ke atas Baginda..
dan ikutilah Sunnah-sunnah Rasulullah SAW..
itu sahaja daripada Syidah, Insya-Allah..
ini, sekadar perkongsian untuk semua,..
Wassalamu'alaikum..
Hai semua..
lama kan, Syidah tak update,,
yelah, budak asrama lah katakan...
lagipun, baru2 ni, Syidah, agak busy sikitlah..
yelah, banyak jugak kot, assignment ..(ceh!)
hermm.. lagi satu, tahun ni kan..
kitorang kena banyak keluarkan duitlah...
nak bayar itu, ini....
dengan yuran makan nya, PIBG, fail pbs,
buku pbs(setiap mata pelajaran akedemik),
dan..banyak lagi lah.....
hurmm.. tapi, takpelah,,
semua yang dirancang, pasti ada hikmahnya kan..
mungkin, semua itu, adalah yan terbaik untuk kita,
dan juga untuk kebaikan kita kan...
Insya-Allah.. Syidah akan cuba yang terbaik..
tapi, kesian lah, dengan ibu ayah Syidah,,
dah lah nak kena bayar yuran2 adik2 yang lain lagi..
yang tengah sek, ada 4 orang termasuk Syidah,,,
ramai lah jugak tu kan....
hermm... ok lah, ni Syidah, nak cerita pula sedikit,
tentang apa yang dah berjalan,
sepanjang persekolahan Syidah ni..
ermm.. pertama, nak cerita tentang........
Program Maju Diri lah..
ha, program ni, di bawah bimbingan,
UBK.. Unit Bimbingan Kaunseling..
antara, guru2 yang terlibat ialah,
Puan NorAzilah, Puan Azuraidah dan Puan Fatmah..
ha, program ni, bertujuan untuk membantu kita.
menyelesaikan masalah2 dalam pembelajaran,
juga, membantu kami, meningkatkan prestasi.. Insya-Allah..
banyak aktiviti yang di jalankan,
yang paling Syidah suka,,,,,
ialah game,.. macam2 lah game nye,,
ade kena teka, gambar tu, tengah buat ape..
dan macam2 lagi lah...
yang paling Syidah suka, ialah, game,
telefon berkarat,,, haha,,,,
itu je pun, kan benda biasa tu....
sebenarnya, Syidah suka bukan apa,
sebab, kumpulan Syidah, kumpulan yang
terbaik bagi kalangan perempuan..
kitorang, memang tak sangka betullah,
yang kitorang akan jadi yang terbaik..
sebab, kitorang rasa, macam,
kumpulan kitorang yang paling corot sekali..
tapi, dah rezeki kan... Alhamdulillah..
ha, kedua pulak, Syidah nak cerita,
yang, Kak Sabrina dah pindah..huhu.,.
dia dengan seorang lagi kawan dia.. kak Laila..
dahlah, jauh pulak tu.. kat Kedah...huhu..
hurmm.. tapi, nak buat camne kan,,
mungkin, ia, adalah yang terbaik untuk K. Sabrina..
lagipun, katanya, dia dah buat,
Solat Sunat Istikharah.. dan, keputusannya,
dia lebih cenderung ke sana...
takpelah, pasti ada hikmahnya kan,,,
kita tak boleh nak halang...
kadang2, kita sedih bila t'ingat K. Sabrina,
yelah, dia tu, adalah orang yang ceria. lawak..
baik pulak tu... tulah sebabnya,,
Syidah sayang dekat K. Sabrina..
Ok lah, ketiga, Syidah nak cerita,........
Ha, baru2 ni.. Rabu lepas..
sekolah Syidah, ada lancarkan..
Merentas Desa..bukan 'desa',,tapi, 'taman'..
kenapa? sebab, kitorang lari kat jalan taman perumahan..
itulah, sebabnya, kitorang namakannya sebagai..
"Merentas Taman"..hehe....
hurmm.. tapi, bila fikirkan, sedih lah gak..
sebab,, kesuluruhan, firqah Syidah dapat no.4
sedih2,,, tapi, takpelah.. masih ada lagi.
3 acara,,, insya-Allah,,,kalau kita berusaha,,
kita pasti akan memperoleh kejayaan.. Amin!.. Insya-Allah,,,
doakan firqah Syidah ye, iaitu, firqah Dimashq!,, dapat
johan/juara bagi tahun ni ye..!
tapi, kan.... penat betullah rasanya...
ramai orang yang mengadu sakit kaki,
sebab merentas taman.. mungkin.. kaki kita tu, alami kejutan kot,,
yelah.. tetiba lari2 kan.... tekejut lah dia..
mungkin dah lama tak lari dan tak bersedia..
ha, nak cerita ni.. time lari tu..
ramai ahli firqah Dimashq (p).. jatuh dan cedera,,
ada, seorang akak ni form 3.. sampai kena jahit kakinya..
kesian kan... form1 dua orang jatuh....
hurmm,, pasti, ada hikmahnya kan..
jadi, Insya-Allah.. kami terima setiap apa yang berlaku ini dengan redha..
kerana,, Allah pasti ada perancangan yang lagi baik untuk hambanya..
ha, baru2 ni juga... ada adik2 form 1 yang baru masuk..'api, perempuan..
cuma 2 orang je,, yang lain 28 lelaki.ish3..
sedih3,,, tapi, takpelah... salah seorang budak tu,
adalah Dimashq!,, ha.. budak tu.. Syidah kenal ..
anak Cikgu Ngasri.. kawan ayah... of course lah kenal..
yang lagi sorang tu,..adik Aqif, budak kelas Syidah..
mukanya,,ada iras2 Aqif lah.. yelah.. adik-beradik lah katakan..
hurmm.. Ok lah, panjang juga erk.. Syidah cerita,,
maaflah kalau, dah jemu... Syidah just nak share je,
setakat ni sahaja kali ini...
lain kali,Syidah update lagi ye....
Insya-Allah.. Ilalliqa'...Wassalamu'alaikum..
Hai alls,,
كيف حالكم؟
Come back to school!...haha..
maaflah, lambat update,
yelah, budak asrama lah katakan.. hehe..
ha, hari ini, Syidah nak cerita,
pengalaman hari pertama persekolahan,
di SAM Bestari!.. Welcome...!
ha, syidah masuk asrama,
hari selasa bersamaan 1/1/2013..
wow!,, Dah 2013 da?macam tak percaya je..
Ok lah, Syidah dihantar oleh keluarga ,
menaiki, kereta..
kami sampai di sekolah, pada jam lebih kurang 3.30 pm
sampai je di sana, Syidah nampak ramai pelajar,
yang dah hadir, yelah, pendaftaran mula pukul 2pm,
hurmm.. macam2 Syidah nampak diorang bawa barang,
Ok lah, lepastu, Syidah pun, keluarkan lah barang2
dari kereta.. dibantu juga dengan keluarga Syidah..
after that, Syidah pergi ke kaunter pendaftaran asrama,
yang berada di sebelah pagar aspuri,
before that, Syidah tengoklah dulu,
Syidah dorm mane,, jeng3,, Syidah dapat dorm #*:*
huhu~..nampaknya, tahun ni..
Syidah dapat aras 3 lah.. tahun lepas aras 2,
tahun ni, naik pulak.. hurmm..
tapi, Syidah bersyukurlah jugak...
sebab, ada kawan Syidah yang dapat aras 4..
hurmm.. Alhamdulillah, Syidah masih tetap bersyukur..
ala, lagipun, bolehlah Syidah exercise kan.. hehe..
ok! sambung, lepas je pendaftaran selesai,
Syidah pun, bawa lah barang2 ke dorm..
fuh~..boleh kurus ni... hehe.. penat..~
lepas je..letak barang kat dalam dorm..
Syidah terus jumpa keluarga Syidah dekat bawah..
kemudian, Syidah pergi bilik SPBT kat blok B,
nak ambil buku teks..
keluarga Syidah duduk dulu kat Taman Anggur.
Ibu pulak, beratur dekat koperasi, nak beli buku..
lepas ambil buku teks, Syidah terus turun ke bawah..
woo~ penat jugaklah, ade 13 buku jugak tu.. dahlah tebal2..
Syidah letak buku2 nya kat tempat keluarga Syidah duduk..
then, Syidah tolong ibu kat koperasi, nak beli buku.
panjang 'gila' lajurnya..haha..
siap je, beli buku... Syidah mengiringi keluarga Syidah ke kereta..
untuk pulang ke rumah.... huhu~.. sedih2.. :'(
yelah, nanti, Syidah ditinggalkan keluarga Syidah kat asrama ni..
sebelum pulang, kami berpelukan dan bersalaman,
time tu, Syidah sedih sangat.. rasa,.. berat hati, yelah,,
dah lebih kurang 2 bulan bersama keluarga time cuti akhir tahun tu..
lepastu, sekarang, kena tinggalkan mereka.. mestilah sedih..
tapi, Syidah cuba tabahkan dan kuatkan hati Syidah,
untuk menjalani kehidupan di asrama ni, tanpa mereka..
(macam tak biasa pulak)....
kemudian, mereka pun pulang menuju ke rumah..
Syidah perhatikan sahaja mereka pergi sehingga hilang di pandangan Syidah..
ketika itu, Syidah menitiskan air mata, dan berazam..
Syidah berazam pada tahun 2013 ini,
untuk menjadi, pelajar dan insan yang cemerlang..
dan lebih baik lagi daripada tahun2 sebelum ni..
juga, menambahkan lagi ilmu Syidah kerana ALLAH..
bagi mendapatkan keredhaan ALLAH SWT serta ibu ayah Syidah...
Insya-ALLAH.. jadi, marilah sama2 kita..
cipta azam yang baru, untuk tahun ini..
serta, berusaha b'sama2 dengan b'sungguh-sungguh..
untuk mencapai cita2 kita.... Insya-ALLAH..
Ok lah, itu sahaja untuk post ini.. sebelum tu,
ada kata2 peransang..
"Jadikanlah tahun ini lebih baik dari sebelum ni"
tata,.. Wassalamu'alaikum...