background

Sunday, 27 January 2013

Ya Hanana~

Kaifa halukum ya Asdiqai!,,
Dalam bulan/ ambang Maulidur Rasul ini,
adakah kita sudah cukup berselawat kepada Baginda?
Masihkah kita mengingati Baginda?
Perit dan payah Baginda?
yang banyak berkorban untuk kita...
tanpa ada rasa keluh dan kesal.....
walaupun, selalu dihina,dicaci,dimaki....
Adakah kita merasai? Bagaimana,
keperitan yang dialami Rasulullah?
Segala pengorbanan Baginda dan Sahabat..
yang bertungkus lumus dan bersusah payah,
untuk mendapatkan.,.agama Islam..
Lihat.. Ya Hanana..~ betapa beruntungnya kami..
kerana, mempunyai Rasulullah,..
Betapa beruntungnya kami,
munculnya Rasulullah SAW.....
cuba kita renungkan...
jika, kita tiada Rasulullah....
adakah kita mengenal Allah Yang Maha Esa?
adakah kita mengenal apa itu Islam?
adakah kita masih berada di jalan yang benar...?
jalan yang boleh membantu kita masuk ke dalam Syurga?
pastinya tidak kan?
mungkin, kita sekarang ini, sudah tersesat,
dari agama ALLAH...
dan, pasti kita hidup dalam kejahilan...
dalam jiwa yang tidak tenang,
hati yang.... begitu gusar dan sentiasa gelisah..
kerana, hanya ada satu sahaja agama..
yang benar ,aman dan tenteram
 iaitu, agama ISLAM!..
lihatlah.. Ya Hanana~
Betapa beruntungnya kita..
kerana kita sudah beragama Islam sejak dilahirkan lagi..
Bayangkan, jika... kita dilahirkan dalam kekufuran..
Na'uzubillahiminzalik..
jadi.. kita.. sebagai umat Rasulullah..
perlulah menghargai segala pengorbanan Baginda..
kita seharusnya bersyukur,...
kerana, kita memperoleh 2 nikmat yang terbesar,..
iaitu, nikmat Iman dan Islam.. Alhamdulillah..
Adakah, kita hanya perlu berselawat ke atasnya..
ketika Maulidur Rasul ini sahaja?
Tidak, kita seharusnya, sentiasa berselawat ke atasnya..
setiap masa di mana jua kita berada..
kerana, sesungguhnya,
sesiapa yang berselawat kepada Baginda..
kelak, Baginda akan memberikan syafa'at kepadanya.
di mana ketika itu, tiada sesiapa yang boleh membantu kita..
selain syafa'at Baginda...
Jadi, marilah kita berselawat ke atas Baginda..
dan ikutilah Sunnah-sunnah Rasulullah SAW..
itu sahaja daripada Syidah, Insya-Allah..
ini, sekadar perkongsian untuk semua,..
Wassalamu'alaikum..


No comments:

Post a Comment