background

Saturday, 23 February 2013

MAIBEST>>?

Hai alls..
hari ni.. Syidah dah nak balik..
asrama dah..
huhu~... sekejapnye..lah..rasenyer..
hurmm. tapi, nak buat camne kan..
ha, dalam post ni..
Syidah... nak cerita sikit..
tentang..... MAIBEST..
hehe... agak2nyer..kan..
Syidah masuk ape?
forum? debat? whoa~.. no3..
pidato? nasyid?
oh! lagi lah no...
hehe.. jeng3..Syidah masuk...
Syarahan Ba dan Musamarah..
hek eleh.. tu je pun..
hurmm.. sebenarnya,..,Syidah pun tak sangka,,
yang Syidah dapat jadi wakil firqah..
... untuk kedua2 acara tu..
 Syarahan... hurmm.. 
sebenarnya,, Syidah..memang.. pernah
ade pengalaman masuk Syarahan,...
tapi, tu, masa sek ren..
and, Syidah pun.. bukannya terror..
tapi, masa malam audition tu,..
Syidah masa tu, tengah,,tengok..
audition Choral Speaking..
then, tiba2.. kak Aina Wahab datang,.
 tanya..siapa nak masuk syarahan BA..
pastu, kawan Syidah, Farah Asilah,.,
dia kata.,. 'Ummi,ummi ummi.."
pergh..! lawak.. ke..?
Syidah pun. cuba lah tolak,...\
kata tak nak..tapi, diorang paksa2 pulak..
lagipun.. takde siapa yang nak pergi audition..
so, Syidah pun, rasa..cam kesian lah..
Syidah pun pergi lah audition..
ni, untuk men. rend. tau..
yang pergi audition cuma 2 orang je,,
Kak Nuha, dan Syidah..
time turn Syidah..
Syidah nervous sangat..
tapi, Syidah,, cuba lah. jugak..
tenangkan fikiran...
and, akhirnya... kak Ainul cakap..
"Ok lah, Ummi masuk.. boleh?"
time tu..Syidah rasa macam.. 
tak percaya.,. n ragu2.. boleh ke..Syidah buat..
tapi, kak Ainul dengan K. Aina..
bagi semangat dekat Syidah..
and, akhirnya,, Syidah pun, setuju..
begitulah ceritanya..
ha, ni, nak cakap pasal Musamarah pulak,,
Musamarah? hurmm..sebenarnya,.
Syidah tak  terfikir pun nak masuk acara ni,.,
sebab, Syidah.. rasa,, takpelah..
mungkin, ramai lagi yang boleh..
and, Syidah nak bagilah peluang dekat orang lain..
so, Syidah pun tak pergilah audition.
lagipun.. ramai kawan Syidah yang nak masuk Musamarah..
tapi, satu hari tu.. lepas perjumpaan firqah..
tiba2.. Auni panggil Syidah..
dia tanya.. "Ummi, nak masuk Musamarah tak?"
Ha?!  time tu..Syidah.. cam terkejutlah..
Musamarah?  kita tanyelah.. kenapa?
tak cukup orang ke?
\pastu..dia pun katalah..
sebenarnya.. Kak Farasye..
nak sangat Syidah masuk Musamarah..
sebab, katanya.. SYidah pandai buat memek muka..
haha.. Syidah macam nak tergelak mase tu..
yelah... mungkin, sebab..
dia nampak SYidah time Choral Speaking masa tu kot..
tahun lepas, Syidah masuk Choral Speaking..
Syidah tak pernah pun terfikir nak masuk CHoral Speaking.
itupun, K. Mek yang tuliskan nama..
so, Syidah pun terima jelah..
hurmm..itulah ceritanya..
ha..lagi satu.. sebenarnya..
Syidah di offer oleh kak Wanie,
untuk masuk Hiwar..
mula2.. Syidah ingat.. nak pilih Hiwar..
tapi, bila kak Farasye kata..
dia dah tuliskan nama Syidah kat Musamarah..
so, Syidah pun, okey jelah..
Syidah carilah orang lain untuk masuk Hiwar.
then, Syidah tanya lah Hafizah and Nadhirah...
Alhamdulillah..diorang on je..
itupun, sebab, Syidah bodek diorang..hehe..
sebenarnya.,. diorang nak sangat.,.
masuk Musamarah..tapi,,tak dapat..
kesian  diorang.,..padahal ,
Syidah yang tak pergi audition pun dapat..
tapi, diorang yang pergi audition tak dapat..
hurmm.. mungkin.. bukan rezeki diorang kot..
Insya-Allah.. ALLAH ada perancangan yang lebih baik..
hurmm...Bila.. Syidah fikir2 balik kan..
Syidah sedar... yang.. sebenarnya,.,
Allah memang..dah tetapkan..yang terbaik untuk SYidah...
walaupun, Syidah tak dapat wakil badminton untuk sukan antara firqah,,
tapi, SYidah dapat jadi wakil.. 2 acara untuk MAIBEST,,
ALhamdulillah.. Syidah b'syukur sangat...
Jadi, kesimpulannya, setiap yang berlaku..
pasti ada hikmahnya..
dan, jika kita tidak dapat apa yang kita mahu..
pasti.. ALLAH ada perancangan yang lebih baik untuk kita..
Insya-Allah.. renung2 kanlah ye..
Ok lah.. Itu sahaja untuk minggu ni..
seba, petang ni.. SYidah dah nak balik asrama dah..
so, semoga berjumpa lagi..
Wassalamu'alaikum..

Me? Maid?

Hai guys,
Minggu balik wajib ni..
memang, sibuk sangatlah..
bertimbun2 kerjanya.. (sangat)
dengan nota KHB nye..
tafsir hadithnyer..
yang, tah pape tah..
Syidah pun tak faham nak buat camne..
"Ustaz, maaf ye,, ana tak faham apa yang ustaz nak.."
Hermm.. balik ni..
Syidah pun, tak sempat nak on9 lama2..
nak update blog.,.
ha, baru hari ni.. Syidah free sikit..
Tapi, hari ni,...
ibu Syidah takde kat rumah..
kena pergi sekolah..ada ape tah..
adik Syidah yang  ke2, izzati(12) tu,
ada kem.. ayah ada kat rumah..
tapi, tulah, tidurlah memanjang..
ye lah penatlah katakan.,.
baru balik dari laut malam tadi..
ha, ni yang best ni.. 
ayah dapat ikan besar,, huhu..~
ok, sambung,,
disebabkan, ibu takde kat rumah,..
Syidah lah yang kena jadi bibik..
bibik pun tengah takde kat rumah..cuti..
so, bermacam2 kerjalah yang Syidah kena buat...
 mandikan adik, bagi makan, basuh baju,
masak... dan, macam2 lagilah,..
pergh~.. memang memenatkan..
dahlah, hari ni, Syidah tak sihat sangat..
sakit tekak.. badan lenguh2 aje..
hurmm.. harap2, cepatlah sembuh ye.. doakan.
Ya Allah.. barang2 nak balik asrama pun,
belum packing lagi...
gosok baju..? pun belum..
ish3.. ape lah Syidah ni kan.. (pemalas)
huh~..pening kepala Syidah...
tulah.. siapa suruh tak buat awal2.. 
kan ibu dah cakap.. packing semalam..
tapi, tak buat2,..
bukan apa.. malam tu, badan Syidah memang,
tengah sakit2, lenguh... pening kepala..
'tu, yang tak larat tu...hurmm...
takpelah.. Insya-Allah....
Syidah boleh selesaikan,,
segala perkara yang Syidah perlu laksanakan.,.
Ya ALLAH, bantulah hamba-Mu ini..
berilah kekuatan kepadaku.. Amin..~
Syidah rasa,, setakat ni je..
untuk post ni.. oklah..
jumpa lagi.. Wassalamu'alaikum..

Tuesday, 12 February 2013

اَرجع إلى بيت الطالبة

Hai, hari ni.. Syidah dah nak balik asrama dah..
Huhu~.. sekejap je kan..
rasenyer,,,dah nak sekolah...
padahal cuti 5 hari...
pejam celik-pejam celik.. dah.. 5 hari...
Itupun, alhamdulillah, sekolah Syidah..
dapat tambah cuti satu hari sampai hari ni..(rabu)
yelah...sekolah asrama kan...
ada sesetengah sekolah...
hari ni dah sekolah da..
ada juga.. sekolah yang dapat cuti seminggu..
sampai hari Ahad ni.. huhu~..
untungnyalah diorang kan....
takpelah.. Syidah kenalah bersyukur juga..
sebab sekurang-kurangya..dapat lah cuti sampai hari ni kan..
Adik2 Syidah yang masih sek. ren. tu..
hari ni dah sekolah da..
tulah ada yang protes..
katanya.."kakak, mana aci, cuti sampai hari Rabu"..
"Nak jugak.."
Haha.. kesian diorang.. sampai ada yang merajuk..
tah pape tah kan..
tulah..karenah budak2 kan..?
Ala, kalau kita yang dah besar memanjang ni pun..
masih macam tu.. (samalah macam Syidah).. hehe..
hari ni, Syidah kena bertolak ke, "Rumah Kesayangan"
pukul 3 petang.. hurmm..
ingatkan.. nak balik lambat sikit..
tapi, tulah.. ayah ada pengajian malam ni..
So, kenalah hantar awal kan...
kalau tak, nanti, nak balik tu, dahlah 'jem',..
Pernah satu hari tu kan..
Syidah bertolak pukul 3 lebih camtulah..
lepastu, singgah ke kedai cermin mata,
nak betulkan cermin mata Syidah..
passtu, pergi Mydin pulak..nak beli barang..
konon, kat Mydin. nak beli barang sikit je..
so, kalau ikutkan, sekejap jelah kan..
tapi,.. tengok2... lebih kurang satu jam jugaklah..
banyak jugak barang2 yang dibeli..
Lepastu,sampai2 je, sekolah.. dah hampir pukul 6 dah..
lagi, beberapa minit je lagi..
nak pukul 6..
Dahlah, ayah nak kena pergi pengajian lagi..
kat Banting pulak tu,..
cuba, bayangkan.. dari USJ tu,
nak hantar keluarga ke rumah lagi..
pastu, nak kena pergi Banting..
dahlah, jalan 'jem'.. memang sesak sangatlah..
silap2.. nak sampai rumah tu.. 
dalam satu jam, baru sampai kot..
maksudnya.. sampai rumah je..dah pukul 7..
lepastu, nak gerak pergi Banting lagi..
lebih kurang dalam 30 minitlah..
itu pun, kalau jalan tak sesak.. kalau sesak?
macam mana? 
azan maghrib dahlah pukul 7.30 camtulah..
pastu, pengajiannya lepas maghrib..
agak2 sempat tak>? kalau sempat pun, mungkin lambat,..,
hermm.. kesian ayah..
time tu, Syidah rasa..
bersalah sangat.. sebab, Syidah rasa.,
itu semua, sebab Syidah..
Syidah rasa nak nangis..time dah sampai asrama tu..
lagi2.. time ayah dah nak bertolak balik dari asrama..
time masuk2 dorm je..
Syidah rasa,.,sebak sangat,,.
sebab, fikirkan..
"agak2, ayah sempat tak? nak pergi pengajian?"
Ya ALLAH, Syidah rasa.,
bersalah sangat,, and nak nangis aje time tu...
tapi, Syidah.. time tu.. doa..
supaya ALLAH permudahkan..
urusan ayah Syidah dan perjalanannya selamat..
itulah doa yang Syidah tak putus2 b'harap... time tu..
hurmm.. Alhamdulillah.. akhirnya..
semuanya, selamat dan berjalan dengan lancar..
itulah.. perkara..yang Syidah tak akan lupakan..
dan akan Syidah jadikan..sebagai pengajaran,,..
Jadi, Syidah nak beri sedikit nasihat kepada semua..
juga untuk mengingatkan diri Syidah sendiri,,
"Permudahkanlah urusan orang lain.. Insya-Allah..
Allah permudahkan urusan kita."
itu sahaja.. kali ni..sebelum Syidah go back to hostel..
(betul ke ayay aku tu)whateverlah..
Ok lah... See you again next time..
Tata.. Wassalamu'alaikum...


Mimpi Melihat Rasulullah SAW

Ya Muslimin wal Muslimat ..
Insya-Allah..hari ini, Syidah..
nak kongsikan sedikit ilmu yang Syidah peroleh..
daripada kitab yang baru sahaja Syidah beli.
Kitab itu ialah "Riwayat Hidup Nabi Muhammad SAW".
Ha, kitab ini, disusun oleh Muhammad Abdul Wahab."
dan diterbitkan oleh terbitan JASMIN...
Okeylah.. kita teruskan ye..
Ha, pada akhir zaman ni,
Kita sering  terdengar cerita2 daripada orang..
yang mengatakan, mereka bermimpi Rasulullah..
benarkah>>??
  • Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Barangsiapa yang mimpi melihat aku, bererti ia bertemu denganku. Kerana syaitan itu tidak boleh menirukan aku."
(HR, Bukhari)
  • Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang melihat aku, bererti ia melihat Al-Haq. Kerana syaitan tidak berbentuk diri seperti aku".
(HR, Muttafaq 'alaih)
Dan sabda baginda:
"Barangsiapa yang mimpi aku, maka ia akan melihatku dalam keadaan jaga. Syaitan itu tidak dapat menyerupai aku."
(HR. Muttafaq 'alaih)

Ilmu Dari Hadith di Atas.

  1. Bahawa melihat Rasulullah dalam mimpi itu, mungkin sesuai dengan apa yang tersebut dalam keperibadiannya, baik panjang(tingginya) Rasulullah, warna kulitnya, geraknya mahupun janggutnya dan sebagainya.
  2. Imam Manawi dalam mentafsiri hadith-hadith ini menyatakan bahawa mimpi yang benar, iaitu sahih ialah melihat Baginda dalam bentuk rupanya yang tidak berubah, yang telah ditetapkan oleh riwayat yang sahih. Maka, jika anda mimpi Rasulullah dalam bentuk yang berbeza tingginya atau pendeknya misalnya, bererti bukan mimpi Baginda.
  3. Imam Manawi juga menyebutkan bahawa erti dari ucapan Baginda:" Barangsiapa yang mimpi aku, maka ia akan melihatku dalam keadaan terjaga". Maksudnya, melihat secara khusus dengan sifat berupa dekat(dengannnya) dan syafaatnya pada hari kiamat.
  4. Sebahagian ahli tasawuf mengaku bahawa mereka melihat Rasulullah SAW di dunia dalam keadaan jaga(tidak tidur), bersandar kepada hadith ketiga di atas. Al-Hafidz Ibnu Hajar r.a menyanggah pendapat mereka itu dengan mengatakan: "Kalau begitu, bererti mereka mengaku sebagai sahabat. Dengan demikian, generasi sahabat itu, akan tetap ada sampai hari kiamat."(Dan ini, tidak seorang pun yang namanya Muslim yang mengatakan)
  5. Dalam sebuah kitab tasawuf, aku membaca suatu ucapan berbunyi: Abu Mawahib As-Syadizili bercerita: "Rasulullah SAW bersabda kepadaku: ".... dan seterusnya sampai akhir dari hadith dusta tersebut. Saat aku tanyakan kepada si pengarang tentang orang ini, apakah ia termasuk sahabat? Ia menjawab: "Tidak! Bahkan antara dia dengan Abul Hasan As-Syadzili jaraknya 5 sheikh. Namun, ia sungguh telah melihat Rasul dalam keadaan jaga....!" Makaku katakan kepadanya: "Para sahabat sendiri setelah Rasulullah SAW wafat, tidak melihatnya dalam keadaan jaga! Ia tidak puas." Makaku katakan kepada diriku sendiri:"Ini termasuk mendustakan Rasul yang dilarang olehnya dengan ancamannya: "Barangsiapa mendustakan aku, hendaklah ia siap masuk neraka." (HR. Muttafaq 'alaih)
  6. Imam Zakaria Al-Anshari pernah ditanya tentang seseorang yang menyangka ia melihat Rasulullah SAW dan menyuruhnya melakukan sesuatu. Maka Iman Zakariya menjawab: " Itu adalah haram." Dan para ulama' menyatakan bahawa impian itu, tidak dapat dijadikan hukum. 
  7. Dalil paling kuat dan bukti sebagai sanggahan terhadap orang yang mengaku-ngaku melihat Rasulullah SAW dalam keadaan jaga ialah: 
Mafhumnya: "Di belakang mereka ada dinding sampai hari kebangkitan."
                                                                                                       (Al-Mu'minun:100)

Selain itu, ada juga pendapat daripada seorang ustaz ni.. ada seorang ni, dia bertanyakan kepada ustaz ..
Soalan 
Assalamualaikum,
Ustaz, saya pernah bermimpi Rasulullah menurut kata hati saya inilah, tetapi masalahnya badannya agak gemuk dan pernah juga perbuatannya dalam mimpi tu macam tak beradab, tak elok dan ada yang macam bercanggah dengan amalan Islam. Tapi apa yang saya tahu, ada hadith yang mengatakan jika mimpi Nabi maka memang nampak nabi yang sebenarnya. Macam mana pula jika mimipi Nabi begini dan dia ajar satu perkara yang bercanggah dengan Islam?. Adakah ia khusus untuk kita atau bagaimana, mohon ustaz menerangkan. Terima kasih
Jawapan
Pada asasnya, memang benar, terdapat hadith sohih yang menyebutkan :-
وَمَنْ رَآنِي في الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فإن الشَّيْطَانَ لَا يَتَمَثَّلُ في صُورَتِي
Ertinya : Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya ( mimpi) , maka ia sesungguhnya telah melihatku, kerana Syaitan tidak (mampu) menyerupai gambaranku" ( Riwayat Al-Bukhari, 1/52 ; Muslim, no 2266, 4/1775 ) 
Dalam hadith yang lain pula disebutkan :-
من رَآنِي في الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فإن الشَّيْطَانَ لَا يَتَخَيَّلُ بِي وَرُؤْيَا الْمُؤْمِنِ جُزْءٌ من سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا من النُّبُوَّةِ
Ertinya : "Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya ( mimpi), maka ia sesungguhnya telah melihatku, kerana Syaitan tidak (mampu) menyerupaiku, dan mimpi seorang mukmin adalah satu juzuk dari 46 juzuk dari kenabian" ( Riwayat Al-Bukhari, 6/2568 )
Dalam mentafsirkan hadith ini, para ulama telah terbahagi kepada tiga kelompok. Apabila saya utarakan tiga pendapat ini, inshaAllah jawapan kepada soalan anda akan terjawab.
Kumpulan pertama : Antara yang tergolong dalam kumpulan ini adalah pakar tafsir mimpi Muhammad Ibn Sirin, Al-Qadhi Iyadh dan lain-lain,
Mereka berpendapat bahawa hadith di atas terikat dengan samanya wajah dan bentuk Rasulullah yang dilihat dalam mimpi dengan apa yang diriwayatkan atau yang dilihat semasa hayat (bagi sahabat nabi). Jika ia sama sifatnya, dan perwatakkannya, di ketika itu ia adalah wajah benar-benar Nabi SAW, jika bercanggah, maka ia bukanlah Nabi SAW.
Ini bermakna, hadith di atas tidak ‘mutlaq' kepada semua bentuk wajah yang dilihatnya. Ia hanya benar-benar wajah Nabi jika sifatnya sama dengan apa yang diriwayatkan.
Bagi para sahabat Nabi, apa yang dilihat mestilah sama dengan wajah Nabi yang diketahui mereka.
Dalil yang diutarakan oleh kumpulan ini adalah hadith lain yang diriwayatkan oleh Al-Hakim dan disebut oleh Ibn Hajar Al-Asqolani iaitu seorang lelaki telah bermimpi bertemu Rasulullah SAW, lalu ia menceritakannya kepada Ibn ‘Abbas r.a, Maka Ibn Abbas bertanya : "Sifatkan apa yang kamu lihat" Maka, ia berkata : "Aku menyebut hasan Bin Ali, lalu aku menyerupakan dengannya" . Ibn Hajar berkata sanad hadith ini adalah baik. (Fath al-Bari)
Jika di ambil pendapat kumpulan ini, mimpi yang sebagaimana anda tanya tadi adalah mimpi yang tidak benar kerana tubuh baginda SAW tidak gemuk dan tidak mungkin ia melakukan perkara ‘aib dan tidak bersopan. Ia juga bukan Nabi SAW kerana mustahil Nabi akan menyuruh sesuatu yang bercanggah dengan tuntutan Al-Quran.
Kumpulan Kedua : Antara ulama kumpulan ini adalah Imam An-Nawawi, Al-Mazari dan lain-lain.
Kumpulan ulama ini berpendapat hadith di atas umum bagi semua orang samada yang pernah melihat Nabi semasa hidup (seperti sahabat) atau yang tidak pernah (seperti kita semua). Semua jenis mimpi Rasulullah SAW adalah benar sebagaimana maksud hadith tadi.
Hasil dari pendapat ini, apa saja yang dilhat dalam mimpi dan mendapat ilham atau apa jua perasaan bahawa ia adalah Nabi SAW, maka benarlah mimpi itu dan itulah Nabi SAW.
Imam Ibn Hajar ketika mengulas pendapat Imam Nawawi ini berkata perlu diingat bahawa Muhammad Ibn Sirin adalah Imam dalam bab ta'bir mimpi manakala pandangan Al-Qadhi ‘Iyadh pula adalah sederhana dan baik.
Berdasarkan kepada pendapat ulama kumpulan ini, mungkin benarlah anda telah melihat Nabi SAW di dalam mimpi itu.
Kumpulan ketiga : Antara ulama dari kumpulan ini adalah Ibn Juzay dan Syeikh Mustafa Az-Zarqa, ( Al-‘Aql wal Fiqh Fi Fahmi Al-Hadith An-Nabawi, hlm 25 )
Syeikh Mustafa Az-Zarqa berkata setelah beliau membuat analisa seluruh pandangan ulama, ia mengatakan memang secara zahirnya kelihatan hadith di atas seolah-olah menjamin semua wajah Nabi (sebagaimana ilham seseorang) yang dilihat dalam mimpi itu adalah wajah Nabi yang sebenarnya tetapi setelah melakukan analisa tafsiran para ulama, jelaslah hadith tadi tidak memberi jaminan untuk semua.
Malah jaminan benarnya Nabi yang dilihat dalam mimpi itu adalah khas bagi para sahabat baginda SAW yang mengetahui dengan jelas rupa para Nabi.
Adapun, bagi individu yang tidak pernah melihat Nabi semasa hayat, mereka tidak termasuk dalam jaminan hadith « syaitan tidak boleh meyerupaiku »
Ini kerana kita tidak tahu wajah sebenarnya baginda SAW, maka mungkin sahaja Syaitan membentuk  satu wajah yang tidak kita ketahui lalu mendatangkan perasaan atau (ilham kononnya) bahawa ia adalah Nabi.  
Syaitan memang tidak boleh menyerupai nabi SAW tapi dalam hal ini, ia hanya menyerupai sebuah wajah lain lalu mendakwa ia nabi, dan kita tidak mengetahuinya.
Lebih merbahaya apabila gambaran itu memberi mesej dalam bentuk cakap atau tindakan yang tidak sesuai dengan watak sebenar baginda SAW.
Syeikh Mustafa Az-Zarqa juga menegaskan, jika seseorang merasakan ia mimpi Nabi di zaman ini, maka ia tiada jaminan apa yang dilihatnya adalah Nabi SAW, ia terbuka untuk benar atau salah. Oleh kerana itu, mimpi orang di zaman ini adalah sebuah mimpi biasa yang terbuka kepada permainan jahat Syaitan, monolog dalamannya ataupun mimpi benar orang soleh yang dapat melihat wajah Nabi sebenar, tapi tidak termasuk dalam jaminan hadith tadi. ( Al-Aql wa al-Fiqh, hlm 27)
Ini samalah macam mimpi buruk yang dialami seorang sahabat Nabi:
يا رَسُولَ اللَّهِ رأيت في الْمَنَامِ كَأَنَّ رَأْسِي قُطِعَ قال فَضَحِكَ النبي  وقال إذا لَعِبَ الشَّيْطَانُ بِأَحَدِكُمْ في مَنَامِهِ فلا يُحَدِّثْ بِهِ الناس
Ertinya : "Wahai Rasulullah aku telah nampak dalam mimpiku seolah-olah kepalaku dipenggal. Maka Nabi SAW tertawa mendengarnya lalu berkata : Apabila Syaitan mempermainkan seseorang darimu ( dengan mimpi-mimpi begini) dalam tidurmu, maka janganlah kamu menceritakannya kepada orang lain" ( Riwayat Al-Bukhari)
Nabi juga menyebut :
الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ من اللَّهِ وَالْحُلْمُ من الشَّيْطَانِ فَمَنْ رَأَى شيئا يَكْرَهُهُ فَلْيَنْفِثْ عن شِمَالِهِ ثَلَاثًا وَلْيَتَعَوَّذْ من الشَّيْطَانِ فَإِنَّهَا لَا تَضُرُّهُ
Ertinya : Mimpi yang baik ( dari orang soleh) adalah dari Allah SWT dan mimpi (buruk) adalah dari Syaitan, barangsiapa yang telah melihat sesuatu (mimpi) yang tidak disukainya, hendaklah ia meniup ke kirinya 3 kali dan beristi'azah (meminta perlindungan dari gangguan syaitan), kemudian mimpi  itu tidak akan memudaratkannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 6/2568)
Kesimpulan
Setelah melihat kepada tiga kumpulan ulama ini, saya kira pandangan ketiga adalah gabungan kedua-dua kumpulan di atas, huraiannya adalah paling dekat dengan hati, minda dan keyakinan saya. Wallahu ‘alam. Justeru menurut pandangan saya, mimpi anda tidak benar dan ia bukannya gambaran Nabi SAW dan arahan tadi juga tidak benar sama sekali.
Hadith jaminan benarnya nabi di dalam mimpi tadi juga tidak terpakai dalam hal mimpi yang anda sebutkan itu. Wallahu'alam.
Perlu difahami, setiap orang mampu mendapat mimpi Nabi SAW tetapi dengan ia hanya benar jika bertepatan dengan sifat yang terdapat dalam hadith-hadith sahaja. Selain dari itu ia bukan nabi dan tiada percanggahan dengan hadith nabi tentang sesiapa yang melihatkau dalam mimpi maka ia telah melihatku.
Sekian
U.Zaharuddin Abd Rahman

Syidah juga ada nak share sedikit.. pendapat daripada seorang hamba Allah ini,.. 
#14 Mimpi berjumpa Rasulullah saw — Ahmad Rifaie 2010-07-18 15:11
Salam,ustaz.
Dalam kes tadi,di mana dia berjumpa seorang lelaki dalam mimpinya, yg menurut kata hatinya adalah Rasulullah saw dan menjelma dalam keadaan buruk sifatnya serta tidak beradab, memang secara logiknya itu bukanlah sifat-sifat yang ada pada Rasulullah saw dan itu merupakan jelmaan syaitan.
Bagaimana pula jika dia bermimpi berjumpa seorang lelaki dengan berpakaian putih bersih,wajahnya bercahaya dan menurut kata hatinya itu adalah Rasulullah.Adakah kita perlu mengatakan itu adalah Rasulullah saw? Adakah dengan berpakaian jubah putih bersih dan wajahnya bercahaya,adala h cukup untuk kita mengatakan itu adalah Rasulullah saw?
Tidak,kita tidak boleh mengatakan itu adalah Rasulullah saw,sesungguhny a syaitan boleh tipu kita dengan menjelma sebagai lelaki soleh,wajah bercahaya,berju bah putih bersih.Dan kita tidak pernah hidup sezaman dengan Rasulullah saw dan kita tidak tahu bentuk dan keadaan wajah Rasulullah saw yang sebenarnya.
Jadi kedua2 keadaan di atas kita tidak boleh ambil sebagai rujukan untuk kita mengenal Rasulullah saw dalam mimpi.Kita tidak boleh menilai dalam bentuk fizikal sahaja.
Jadi di sini saya akan bagitahu macam mana nak mengenal Rasulullah saw dalam mimpi bahawa itu adalah benar-benar Rasulullah saw dan bukan jelmaan syaitan.
Jika kita bermimpi berjumpa Rasulullah saw, Rasulullah saw akan mengenalkan dirinya dengan berkata "Ana Muhammad Rasulullah SAW". Sebutannya lancar dan tidak tersekat-sekat.Dan ini adalah benar-benar Rasulullah saw.Sebabnya syaitan tidak boleh mengaku dirinya adalah Rasulullah saw,jika syaitan cuba untuk mengaku, bahawa dirinya adalah Rasulullah saw,syaitan akan terbakar dan binasa.
Manakala syaitan juga boleh menipu dengan mengaku dirinya adalah Rasulullah dengan sebutan yang tersekat-sekat,iaitu dengan memperkenalkan dirinya dengan berkata "Ana Muhammad,,,,,,R asulullah SAW".Sebutannya tidak lancar dan tersekat,Sesung guhnya itu adalah sebutan syaitan yang hendak mengelirukan kita.Dan itu bukan Rasulullah yang sebenar.
 Sebenarnya, banyak lagi pendapat2 tentang Mimpi Melihat Rasulullah ini.. dan, banyak juga khilaf dan kemusykilannya,. kadang2 kita tertanya2, benarkah Mimpi itu? Ha, jadi, kalau ada apa2 kemusykilan, bolehlah bertayakan sendiri kepada ahli2 yang sepatutnya... Syidah minta maaf, kalau ada kesalahan/ kesilapan.. Syidah cuma berkongsi sedikit apa yang Syidah dapat daripada kitab ini, dan juga internet,, Sekali lagi, Syidah minta maaf, jika ada kesilapan.. Wallahu'alam.. Wassalamu'alaikum..




Saturday, 9 February 2013

Ahlan Wasahlan Ya Akhowat!

Ha, baru2 ni, minggu ni jugaklah..
iaitu, pada 4 Jun 2013, Isnin
akak form 4 baru masuk... yeah2!..
dapat akak baru.. hehe..(takmatang)
sebelum hari Isnin tu kan,
memang.. Syidah n kawan2 Syidah excited sangatlah..
sebab, nak dapat ahli dorm baru..
lagi pun, dorm Syidah cuma ada 15/20 orang je..
Dorm lain2, kebanyakannya, hampir penuh..
nak dikatakan, dorm Syidah lah yang paling sikit..
kawan2 n ahli dorm Syidah kan, terutamanya, yang form 2,
pergh!.. asyik cerita je, pasal form 4 baru..
tapi, ade jugak, yang tak suka..
terutamanya, akak form 4 lama n form 5..
hurmm.. kenapa erk?
katanya, lecehlah...nanti, takut diorang terbawa2,
budaya diorang kat sekolah lama la..
lepastu pulak,ada yang tak pernah duduk asrama..
nanti, kena ajar itulah, inilah..
hurmm.. sampaikan, diorang solat hajat..
doa, supaya tak ramai yang masuk...
dan, akhirnya, doa diorang termakbullah..
yang masuk, cuma lebih kurang 80 erk.. camtulah..
eh!,, sikit ke tu? bolehlah.. 
tapi, kali ni, lelaki nya lagi ramai..
perempuannya dalam 30 camtulah.,
ha, lepastu kan, keesokan harinya, hari Isnin lah kan.
Syidah memang excited sangat nak tengok,
akak form 4 baru...
time dekat sekolah tukan.
adalah juga, terserempak dengan akak2 form 4 baru..
tahun ni kan, akak2 nyer ramai comel2 lah, rendah je..
then, balik je sekolah, masuklah dorm..
excited ni, nak tengok akak2 baru..
kitorang dah cuba mengagak da,. berapa orang,
yang akan masuk, sekurang2nya, dua lah kalau boleh..
yelah ada 5 katil kosong lagi kan..
masuk2 je.. tengok...........sorang je??!.. huhu~.
sedih2...tapi, takpelah.. bersyukurlah jugak kan..
daripada tak ada langsung kan?
hurmm.. nama akak tu, kak Atiqah..
dia dari sekolah Nurul iman kot..tak pastilah..
akak tu, comel je. sporting plak tu..
ha, ada lagi Syidah nak cerita ni..
akak saudara kita.. iaitu.. k. Anis Akmalia..
pun masuk sini gak.. yeah2..
dia pun, sama firqah dengan Syidah gak.. 
dorm nye, atas dorm Syidah je..
Syidah kan, sebelum dia masuk sinikan..
Syidah doa, harap2, K. Anis sama firqah dengan Syidah..
dan, akhirnya, Alhamdulillah.. ALLAH makbulkan..
macam mana, Syidah boleh jumpa K. anis erk?
ha, time tu, Syidah memang, tengah cari K. Anis ..
sebab, nak minta tafsir n dompet kita yang t'tinggal kat rumah..
hampir semua orang, Syidah nak bagitahu..
yang K. Anis, akak saudara kita masuk sini..
haha.. tah papa tah kan..
sampai kan, kawan sedorm Syidah,
hampir muak, sebab asyik dengar, 
Syidah cakap pasal K. Anis je..haha,
ha, sambung balik..
time tengah cari2 tukan.. kita keluarlah dorm..
kononnya, nak cari k. Anis lah..
pastu.. time kat aras Syidah tu.. Syidah..jalan2..
pastu, Syidah nampak seorang akak ni..
 macam kenal je..
Syidah pun jalan, dekat, dekat, n dekat lagi..
Tup!. hah, memang sah2 lah tu K. Anis..
Syidah tengok dia, pakai baju Dimashq time tu..
Wah!.. memang gembira gila time tu..
time jumpa je kan....Syidah terus teruja..
antara perbualan kami kan..
" Kak Anis! Kak Anis friqah Dimashq ke?"'
"Ha'ah"
"Bawa tak? Tafsir dan dompet kita?"
"Bawa, ada dalam dorm."
"Kak Anis, dorm mana?"
"Dorm.. ##:#"
"owhh.. Nak?"
"Dekat dormlah.. Jom, naik dorm Kak Anis"
camtulah... pastu. dalam dorm tu,, borak2 lah sikit kan..
time tu, kak Anis belum mandi lagi..
tulah tak boleh lama2 sangat..
Syidah.. dah mandi awal2 da..
Syidah memang, suka mandi awal.. tak suka lambat2..
nanti, tak de air.. hehe..
itu jelah, serba sedikit cerita tentang....tentang apa erk? pepe jelah..
Sebenarnya, banyak lagi, yang Syidah nak cerita..
Tapi, memandangkan,.....
Tangan Syidah yang comel molek ni..(ceh, perasan)
dah mengadu, kepenatan.... lenguh...
kesian lah pulak kan...
So, setakat ni jelah kali ni..
Lain kali, Syidah post lagi ye.
Ilalliqa',, Wassalamu'alaikum..