
- Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
- Rasulullah SAW bersabda:
- Bahawa melihat Rasulullah dalam mimpi itu, mungkin sesuai dengan apa yang tersebut dalam keperibadiannya, baik panjang(tingginya) Rasulullah, warna kulitnya, geraknya mahupun janggutnya dan sebagainya.
- Imam Manawi dalam mentafsiri hadith-hadith ini menyatakan bahawa mimpi yang benar, iaitu sahih ialah melihat Baginda dalam bentuk rupanya yang tidak berubah, yang telah ditetapkan oleh riwayat yang sahih. Maka, jika anda mimpi Rasulullah dalam bentuk yang berbeza tingginya atau pendeknya misalnya, bererti bukan mimpi Baginda.
- Imam Manawi juga menyebutkan bahawa erti dari ucapan Baginda:" Barangsiapa yang mimpi aku, maka ia akan melihatku dalam keadaan terjaga". Maksudnya, melihat secara khusus dengan sifat berupa dekat(dengannnya) dan syafaatnya pada hari kiamat.
- Sebahagian ahli tasawuf mengaku bahawa mereka melihat Rasulullah SAW di dunia dalam keadaan jaga(tidak tidur), bersandar kepada hadith ketiga di atas. Al-Hafidz Ibnu Hajar r.a menyanggah pendapat mereka itu dengan mengatakan: "Kalau begitu, bererti mereka mengaku sebagai sahabat. Dengan demikian, generasi sahabat itu, akan tetap ada sampai hari kiamat."(Dan ini, tidak seorang pun yang namanya Muslim yang mengatakan)
- Dalam sebuah kitab tasawuf, aku membaca suatu ucapan berbunyi: Abu Mawahib As-Syadizili bercerita: "Rasulullah SAW bersabda kepadaku: ".... dan seterusnya sampai akhir dari hadith dusta tersebut. Saat aku tanyakan kepada si pengarang tentang orang ini, apakah ia termasuk sahabat? Ia menjawab: "Tidak! Bahkan antara dia dengan Abul Hasan As-Syadzili jaraknya 5 sheikh. Namun, ia sungguh telah melihat Rasul dalam keadaan jaga....!" Makaku katakan kepadanya: "Para sahabat sendiri setelah Rasulullah SAW wafat, tidak melihatnya dalam keadaan jaga! Ia tidak puas." Makaku katakan kepada diriku sendiri:"Ini termasuk mendustakan Rasul yang dilarang olehnya dengan ancamannya: "Barangsiapa mendustakan aku, hendaklah ia siap masuk neraka." (HR. Muttafaq 'alaih)
- Imam Zakaria Al-Anshari pernah ditanya tentang seseorang yang menyangka ia melihat Rasulullah SAW dan menyuruhnya melakukan sesuatu. Maka Iman Zakariya menjawab: " Itu adalah haram." Dan para ulama' menyatakan bahawa impian itu, tidak dapat dijadikan hukum.
- Dalil paling kuat dan bukti sebagai sanggahan terhadap orang yang mengaku-ngaku melihat Rasulullah SAW dalam keadaan jaga ialah:
Mafhumnya: "Di belakang mereka ada dinding sampai hari kebangkitan."
(Al-Mu'minun:100)
Selain itu, ada juga pendapat daripada seorang ustaz ni.. ada seorang ni, dia bertanyakan kepada ustaz ..
Soalan
Assalamualaikum,
Ustaz, saya pernah bermimpi Rasulullah menurut kata hati saya inilah, tetapi masalahnya badannya agak gemuk dan pernah juga perbuatannya dalam mimpi tu macam tak beradab, tak elok dan ada yang macam bercanggah dengan amalan Islam. Tapi apa yang saya tahu, ada hadith yang mengatakan jika mimpi Nabi maka memang nampak nabi yang sebenarnya. Macam mana pula jika mimipi Nabi begini dan dia ajar satu perkara yang bercanggah dengan Islam?. Adakah ia khusus untuk kita atau bagaimana, mohon ustaz menerangkan. Terima kasih
Jawapan
Pada asasnya, memang benar, terdapat hadith sohih yang menyebutkan :-
وَمَنْ رَآنِي في الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فإن الشَّيْطَانَ لَا يَتَمَثَّلُ في صُورَتِي
Ertinya : Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya ( mimpi) , maka ia sesungguhnya telah melihatku, kerana Syaitan tidak (mampu) menyerupai gambaranku" ( Riwayat Al-Bukhari, 1/52 ; Muslim, no 2266, 4/1775 )
Dalam hadith yang lain pula disebutkan :-
من رَآنِي في الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فإن الشَّيْطَانَ لَا يَتَخَيَّلُ بِي وَرُؤْيَا الْمُؤْمِنِ جُزْءٌ من سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا من النُّبُوَّةِ
Ertinya : "Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya ( mimpi), maka ia sesungguhnya telah melihatku, kerana Syaitan tidak (mampu) menyerupaiku, dan mimpi seorang mukmin adalah satu juzuk dari 46 juzuk dari kenabian" ( Riwayat Al-Bukhari, 6/2568 )
Dalam mentafsirkan hadith ini, para ulama telah terbahagi kepada tiga kelompok. Apabila saya utarakan tiga pendapat ini, inshaAllah jawapan kepada soalan anda akan terjawab.
Kumpulan pertama : Antara yang tergolong dalam kumpulan ini adalah pakar tafsir mimpi Muhammad Ibn Sirin, Al-Qadhi Iyadh dan lain-lain,
Mereka berpendapat bahawa hadith di atas terikat dengan samanya wajah dan bentuk Rasulullah yang dilihat dalam mimpi dengan apa yang diriwayatkan atau yang dilihat semasa hayat (bagi sahabat nabi). Jika ia sama sifatnya, dan perwatakkannya, di ketika itu ia adalah wajah benar-benar Nabi SAW, jika bercanggah, maka ia bukanlah Nabi SAW.
Ini bermakna, hadith di atas tidak ‘mutlaq' kepada semua bentuk wajah yang dilihatnya. Ia hanya benar-benar wajah Nabi jika sifatnya sama dengan apa yang diriwayatkan.
Bagi para sahabat Nabi, apa yang dilihat mestilah sama dengan wajah Nabi yang diketahui mereka.
Dalil yang diutarakan oleh kumpulan ini adalah hadith lain yang diriwayatkan oleh Al-Hakim dan disebut oleh Ibn Hajar Al-Asqolani iaitu seorang lelaki telah bermimpi bertemu Rasulullah SAW, lalu ia menceritakannya kepada Ibn ‘Abbas r.a, Maka Ibn Abbas bertanya : "Sifatkan apa yang kamu lihat" Maka, ia berkata : "Aku menyebut hasan Bin Ali, lalu aku menyerupakan dengannya" . Ibn Hajar berkata sanad hadith ini adalah baik. (Fath al-Bari)
Jika di ambil pendapat kumpulan ini, mimpi yang sebagaimana anda tanya tadi adalah mimpi yang tidak benar kerana tubuh baginda SAW tidak gemuk dan tidak mungkin ia melakukan perkara ‘aib dan tidak bersopan. Ia juga bukan Nabi SAW kerana mustahil Nabi akan menyuruh sesuatu yang bercanggah dengan tuntutan Al-Quran.
Kumpulan Kedua : Antara ulama kumpulan ini adalah Imam An-Nawawi, Al-Mazari dan lain-lain.
Kumpulan ulama ini berpendapat hadith di atas umum bagi semua orang samada yang pernah melihat Nabi semasa hidup (seperti sahabat) atau yang tidak pernah (seperti kita semua). Semua jenis mimpi Rasulullah SAW adalah benar sebagaimana maksud hadith tadi.
Hasil dari pendapat ini, apa saja yang dilhat dalam mimpi dan mendapat ilham atau apa jua perasaan bahawa ia adalah Nabi SAW, maka benarlah mimpi itu dan itulah Nabi SAW.
Imam Ibn Hajar ketika mengulas pendapat Imam Nawawi ini berkata perlu diingat bahawa Muhammad Ibn Sirin adalah Imam dalam bab ta'bir mimpi manakala pandangan Al-Qadhi ‘Iyadh pula adalah sederhana dan baik.
Berdasarkan kepada pendapat ulama kumpulan ini, mungkin benarlah anda telah melihat Nabi SAW di dalam mimpi itu.
Kumpulan ketiga : Antara ulama dari kumpulan ini adalah Ibn Juzay dan Syeikh Mustafa Az-Zarqa, ( Al-‘Aql wal Fiqh Fi Fahmi Al-Hadith An-Nabawi, hlm 25 )
Syeikh Mustafa Az-Zarqa berkata setelah beliau membuat analisa seluruh pandangan ulama, ia mengatakan memang secara zahirnya kelihatan hadith di atas seolah-olah menjamin semua wajah Nabi (sebagaimana ilham seseorang) yang dilihat dalam mimpi itu adalah wajah Nabi yang sebenarnya tetapi setelah melakukan analisa tafsiran para ulama, jelaslah hadith tadi tidak memberi jaminan untuk semua.
Malah jaminan benarnya Nabi yang dilihat dalam mimpi itu adalah khas bagi para sahabat baginda SAW yang mengetahui dengan jelas rupa para Nabi.
Adapun, bagi individu yang tidak pernah melihat Nabi semasa hayat, mereka tidak termasuk dalam jaminan hadith « syaitan tidak boleh meyerupaiku »
Ini kerana kita tidak tahu wajah sebenarnya baginda SAW, maka mungkin sahaja Syaitan membentuk satu wajah yang tidak kita ketahui lalu mendatangkan perasaan atau (ilham kononnya) bahawa ia adalah Nabi.
Syaitan memang tidak boleh menyerupai nabi SAW tapi dalam hal ini, ia hanya menyerupai sebuah wajah lain lalu mendakwa ia nabi, dan kita tidak mengetahuinya.
Lebih merbahaya apabila gambaran itu memberi mesej dalam bentuk cakap atau tindakan yang tidak sesuai dengan watak sebenar baginda SAW.
Syeikh Mustafa Az-Zarqa juga menegaskan, jika seseorang merasakan ia mimpi Nabi di zaman ini, maka ia tiada jaminan apa yang dilihatnya adalah Nabi SAW, ia terbuka untuk benar atau salah. Oleh kerana itu, mimpi orang di zaman ini adalah sebuah mimpi biasa yang terbuka kepada permainan jahat Syaitan, monolog dalamannya ataupun mimpi benar orang soleh yang dapat melihat wajah Nabi sebenar, tapi tidak termasuk dalam jaminan hadith tadi. ( Al-Aql wa al-Fiqh, hlm 27)
Ini samalah macam mimpi buruk yang dialami seorang sahabat Nabi:
يا رَسُولَ اللَّهِ رأيت في الْمَنَامِ كَأَنَّ رَأْسِي قُطِعَ قال فَضَحِكَ النبي وقال إذا لَعِبَ الشَّيْطَانُ بِأَحَدِكُمْ في مَنَامِهِ فلا يُحَدِّثْ بِهِ الناس
Ertinya : "Wahai Rasulullah aku telah nampak dalam mimpiku seolah-olah kepalaku dipenggal. Maka Nabi SAW tertawa mendengarnya lalu berkata : Apabila Syaitan mempermainkan seseorang darimu ( dengan mimpi-mimpi begini) dalam tidurmu, maka janganlah kamu menceritakannya kepada orang lain" ( Riwayat Al-Bukhari)
Nabi juga menyebut :
الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ من اللَّهِ وَالْحُلْمُ من الشَّيْطَانِ فَمَنْ رَأَى شيئا يَكْرَهُهُ فَلْيَنْفِثْ عن شِمَالِهِ ثَلَاثًا وَلْيَتَعَوَّذْ من الشَّيْطَانِ فَإِنَّهَا لَا تَضُرُّهُ
Ertinya : Mimpi yang baik ( dari orang soleh) adalah dari Allah SWT dan mimpi (buruk) adalah dari Syaitan, barangsiapa yang telah melihat sesuatu (mimpi) yang tidak disukainya, hendaklah ia meniup ke kirinya 3 kali dan beristi'azah (meminta perlindungan dari gangguan syaitan), kemudian mimpi itu tidak akan memudaratkannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 6/2568)
Kesimpulan
Setelah melihat kepada tiga kumpulan ulama ini, saya kira pandangan ketiga adalah gabungan kedua-dua kumpulan di atas, huraiannya adalah paling dekat dengan hati, minda dan keyakinan saya. Wallahu ‘alam. Justeru menurut pandangan saya, mimpi anda tidak benar dan ia bukannya gambaran Nabi SAW dan arahan tadi juga tidak benar sama sekali.
Hadith jaminan benarnya nabi di dalam mimpi tadi juga tidak terpakai dalam hal mimpi yang anda sebutkan itu. Wallahu'alam.
Perlu difahami, setiap orang mampu mendapat mimpi Nabi SAW tetapi dengan ia hanya benar jika bertepatan dengan sifat yang terdapat dalam hadith-hadith sahaja. Selain dari itu ia bukan nabi dan tiada percanggahan dengan hadith nabi tentang sesiapa yang melihatkau dalam mimpi maka ia telah melihatku.
Sekian
U.Zaharuddin Abd Rahman
Syidah juga ada nak share sedikit.. pendapat daripada seorang hamba Allah ini,..
Sebenarnya, banyak lagi pendapat2 tentang Mimpi Melihat Rasulullah ini.. dan, banyak juga khilaf dan kemusykilannya,. kadang2 kita tertanya2, benarkah Mimpi itu? Ha, jadi, kalau ada apa2 kemusykilan, bolehlah bertayakan sendiri kepada ahli2 yang sepatutnya... Syidah minta maaf, kalau ada kesalahan/ kesilapan.. Syidah cuma berkongsi sedikit apa yang Syidah dapat daripada kitab ini, dan juga internet,, Sekali lagi, Syidah minta maaf, jika ada kesilapan.. Wallahu'alam.. Wassalamu'alaikum..
Dalam kes tadi,di mana dia berjumpa seorang lelaki dalam mimpinya, yg menurut kata hatinya adalah Rasulullah saw dan menjelma dalam keadaan buruk sifatnya serta tidak beradab, memang secara logiknya itu bukanlah sifat-sifat yang ada pada Rasulullah saw dan itu merupakan jelmaan syaitan.
Bagaimana pula jika dia bermimpi berjumpa seorang lelaki dengan berpakaian putih bersih,wajahnya bercahaya dan menurut kata hatinya itu adalah Rasulullah.Adakah kita perlu mengatakan itu adalah Rasulullah saw? Adakah dengan berpakaian jubah putih bersih dan wajahnya bercahaya,adala h cukup untuk kita mengatakan itu adalah Rasulullah saw?
Tidak,kita tidak boleh mengatakan itu adalah Rasulullah saw,sesungguhny a syaitan boleh tipu kita dengan menjelma sebagai lelaki soleh,wajah bercahaya,berju bah putih bersih.Dan kita tidak pernah hidup sezaman dengan Rasulullah saw dan kita tidak tahu bentuk dan keadaan wajah Rasulullah saw yang sebenarnya.
Jadi kedua2 keadaan di atas kita tidak boleh ambil sebagai rujukan untuk kita mengenal Rasulullah saw dalam mimpi.Kita tidak boleh menilai dalam bentuk fizikal sahaja.
Jadi di sini saya akan bagitahu macam mana nak mengenal Rasulullah saw dalam mimpi bahawa itu adalah benar-benar Rasulullah saw dan bukan jelmaan syaitan.
Jika kita bermimpi berjumpa Rasulullah saw, Rasulullah saw akan mengenalkan dirinya dengan berkata "Ana Muhammad Rasulullah SAW". Sebutannya lancar dan tidak tersekat-sekat.Dan ini adalah benar-benar Rasulullah saw.Sebabnya syaitan tidak boleh mengaku dirinya adalah Rasulullah saw,jika syaitan cuba untuk mengaku, bahawa dirinya adalah Rasulullah saw,syaitan akan terbakar dan binasa.
Manakala syaitan juga boleh menipu dengan mengaku dirinya adalah Rasulullah dengan sebutan yang tersekat-sekat,iaitu dengan memperkenalkan dirinya dengan berkata "Ana Muhammad,,,,,,R asulullah SAW".Sebutannya tidak lancar dan tersekat,Sesung guhnya itu adalah sebutan syaitan yang hendak mengelirukan kita.Dan itu bukan Rasulullah yang sebenar.