background

Friday, 28 December 2012

Kebinasaan Namruz Bin Kan'an

Kaifa Halukum?
Hal antum bissihhah?
Al-yaum, Syidah, nak sambung tentang,
Rahsia Kelebihan Hari Rabu
Ha, ini merupakan Rahsia ke-4,
ha, siapa yang belum baca rahsia2 sebelumnya,
nak baca? tekan je link.. yg kat atas tu..
yang Syidah bold kan tu...
.. Ok!..Ok0!..

  • Rahsia 4=
  1. KEBINASAAN NAMRUZ BIN KAN'AN
Kebinasaan Namrud Bin Kan'an ini terjadi pada hari Rabu. Ia dibinasakan ALLAH SWT dengan tentera nyamuk. Firman ALLAH SWT bermaksud:

"Dan tidak ada yang mengetahui tentera TUHANMU, melainkan DIA sendiri."(Al-Muddatsir:31)

Namrud mempunyai tentera sebanyak 700 ribu penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim: "Hai Ibrahim, jika TUHANMU mempunyai malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup, ambillah kerajaanku ini."

Maka, Nabi Ibrahim a.s munajat kepada ALLAH SWT: "Ya ILAHI, sesungguhnya Namrud dan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu. Maka, kirimkanlah kepada mereka tentera daripada selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk."

Ketika Namrud dan tenteranya telah berkumpul di padang yang luas, maka ALLAH memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Lalu, keluarlah tentera nyamuk hingga menutupi permukaan langit dan bumi. Kemudian, nyamuk bertanya: "Ya TUHAN kami, apakah yang harus kami laksanakan?". ALLAH berfirman: "Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namrud."

Kemudian, ALLAH SWT memberi kekuatan kepada nyamuk-nyamuk tersebut. Lalu, nyamuk-nyamuk tersebut menyerang tentera Namrud, menghisap darah mereka.
ALLAH memerintahkan kepada nyamuk agar menunda penyiksaan terhadap Namrud agar ia dapat melihat sendiri kehancuran tenteranya. Maka, nyamuk-nyamuk itu pun membiarkan Namrud sehingga ia dapat pulang ke istana.

Nabi Ibrahim a.s merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut. Kemudian ALLAH berfirman kepadanya: "Wahai Ibrahim, demi Kemuliaan dan Keagungan-Ku. Sekiranya engkau tidak meminta kepada-Ku supaya mengutus tentera nyamuk, tentu aku akan mengirimkan yang lebih halus daripada nyamuk. Jika 1000 di antaranya berkumpul menjadi satu. Tidak mencapai besarnya nyamuk, tentu akan aku musnahkan juga mereka dengannya."

Ketika telah dekat seksaan untuk Namrud, lalu ALLAH memerintahkan seekor nyamuk untuk mejalankan tugas tersebut. Nyamuk itu berkeliling di sebatang pohon selama 3 hari. Setelah sampai 3 hari, maka ia masuk ke dalam kepala Namrud melalui lubang hidungnya. Kemudian, ia memakan otak Namrud selama 40 hari.

Begitu besar sifat pengasih dan penyayang ALLAH SWT kan, kawan2? ALLAH tidak menyeksa Namrud dengan segera, tetapi masih diberi masa untuk ia bertaubat. Masa 3 hari yang diberikan nyamuk tersebut, tidak digunakan oleh Namrud untuk menerima kebenaran ALLAH SWT. Maka, jadilah Namrud tergolong ke dalam orang-orang yang dimurkai ALLAH SWT...

Ha, lihat? betapa besarnya Kekuasaan ALLAH SWT.. Agungnya sifat Pengasih dan Penyayang-Nya.. Oleh itu, marilah sama-sama kita mengambil iktibar daripada kisah ini..
dan, bertaubatlah, selagi ALLAH masih memberi peluang kepada kita..
Ha, kalau dah baca tu..jangan lupa komen tau,... Maaf, jika ade typing error..
or, ape2 jelah ye...
Semoga berjumpa lagi.. Wassalamu'alaikum..



Wednesday, 26 December 2012

Kenduri Tahlil

Hai.. Alls..
Maaflah, Syidah lambat update lah..
yelah, sibuk juga lah baru2 ni..
nak sekolah lah katakan,.. hehe..
dalam post ni.. Syidah nak tunjukkan sikit beberapa gambar,
cousin2 Syidah.. yang syidah ada cakap hari tu,,
tapi, tak semua lah.. ini, gambar2 yang Syidah dapat je..
Gambar2 ni, Syidah ambil time,
kenduri tahlil arwah makcik Syidah,
ini, malam terakhir ..
tapi, gambar nyer tak jelas sangatlah..
takpelah ye.. hehe....











Dah habis ke? eh!..blum lagi,, ade lagi tau.. hehe..
tapi, maaflah... Syidah tak laratlah nak lable satu2..
cousin Syidah.. kalau nak tahu.. 
Insya-ALLAH, Syidah akan buat kat pages lain..
Tunggu jelah ye.. hehe..
Ok lah..Syidah nak sambung letak gambar..




 Ok ni jelah yang Syidah dapat tunjukkan..
Sampai ke temu lagi.. Wassalamu'alaikum...




Monday, 24 December 2012

Kehancuran Fir'aun Beserta Tenteranya

Hai, maaflah.. lambat sambung..
Rahsia Kelebihan Hari Rabu..
yelah.. sibuk dengan kenduri tahlil..
untuk arwah makcik Syidah ..
Malam ni pun, nanti ada lagi..
katanya..nak buat 3 hari kot..
hari ni...lastlah kot.. Insya-Allah..
ha, kalau ada yang belum baca rahsia ke-2,
bolehlah ke link ni...>>Kehancuran Qarun
Ok lah.. Syidah sambung...

  • Rahsia 3
  1. KEHANCURAN FIR'AUN BESERTA TENTERANYA

Fir'aun beserta tenteranya mendapat kehancuran pada hari Rabu. Ketika Musa a.s beserta pengikutnya bangsa Bani Israel yang berjumlah 70 000 orang pergi menuju ke tepi Sungai Nil, mereka dikejar oleh Firaun dan tenteranya yang berjumlah 2 juta orang.

Ketika mereka merasa tidak dapat melarikan diri. maka berkatalah pengikut Musa: " Sesungguhnya kita benar-benar akan bertempur dengan Fir'aun."

Musa pun menjawab: "Sekali-kali mereka tidak akan dapat menyusul kita, sesungguhnya Tuhanku besertaku, kelak ia akan memberikan petunjuk kepadaku".

Kemudian ALLAH SWT  mewahyukan kepada Musa a.s: "Pukullah lautan itu dengan tongkatmu!" Maka terbelahlah lautan itu. Musa dan kaumnya berjalan melintasi lautan itu dengan selamat. Sedangkan Fir'aun dan tenteranya ikut dari belakang, setelah Musa a.s. Musa a.s serta pengikutnya selamat sampai ke tepi, maka Fir'aun pun tenggelam beserta tenteranya.

Diceritakan bahawa ketika Fir'aun melihat asap yang akan menimpanya, ia lalu berusaha menyelamatkan diri dari bahaya tenggelam. Tetapi, Jibril menutup mulutnya dengan tanah, sehingga ia meminta tolong kepada Jibril sampai 70 kali. 

ALLAH berfirman yang bermaksud: "Hai Jibril, sesungguhnya Fir'aun telah meminta tolong kepadamu sebanyak 70 kali, namun tidak engkau tolong. Maka, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, seandainya ia meminta tolong kepada-Ku, walau hanya 1 kali sahaja,
aku pasti akan menyelamatkannya daripada bahaya tenggelam.....

Ha, begitulah ceritanya...
Harap, ambil pengajaran ye.. jangan lupa juga..
untuk komen.. kalau ada tersilap apa2..
bolehlah tolong tegur ye..
Syukran.. tata.. 
wassalamu'alaikum..

Sungai Nil, Mesir








Saturday, 22 December 2012

Kenangan bersama Saudara~

Hai...
Hari ini, Syidah nak ceritakan,
tentang..........
Saudara2 Syidah..
Ha, semalam kan, Mak Cik Syidah meninggal,
jadi, saudara2 Syidah yang lain,
semua datanglah ke rumahnya..
Rumah kami pula,
dekat kampung... memang dekatlah dengan rumah atuk..
Rumah Syidah dekat belakang rumah atuk.. je kot..
Hehe... 
Malam tadi, Syidah tidurlah rumah saudara Syidah, K.Anis
yang maknya(Mak cik Syidah) meninggal tu..
Alasannye, nak temankan saudara Syidah lah katakan..
hehe.. ada juga saudara2 Syidah yang lain,
tidur kat rumahnye..
saudara K.Anis yang belah arwah maknya pun,
datang juga.. mestilah kan,,,!
Tapi, kesian diorang,
sebab, tak dapat nak tengok jenazah arwah,
sebelum dikebumikan..
yelah,, diorang tinggal kat T'ganu..
ye, jauh nak datang sini..
lepastu pulak, Syidah ada dengar juga,
yang ada orang accident kat sini2 juga..
dahlah SPM candidates pulak tu,
namanya, tak silap Syidah.,. Nazril kot..
dia meninggal kat tempat kejadian juga..
hermm.. tulah, 
ajal dan maut tu, 
tak kira usia... bila2 je ia boleh datang,,.
Kalau dah masanya tiba..
kita akan pergi jua... bertemu Ilahi..
jadi, kita ni, yang masih kecil2, muda2,
janganlah ingat.. yang kita ni,
lama lagi nak hidup.. entah2, esok atau lusa..
kita dah tak ada..
Oleh itu, sama2lah kita banyakkan lagi,
bekalan kita untuk akhirat kelak..
(Syidah2! ha, dah mula lah tu, ceramahnya)
hehe.. maaf..Syidah tak perasan pulak..
Ok!..kita sambung..
Ha, kan ada accident tu kan..
so, jem lah kat jalan raya tu..
tulah agaknya, saudara K.Anis tu, lambat kot..
hermm.. takpelah.. mungkin..
ALLAH memang tak bagi mereka tengok jenazahnya kot.
Pasti ada hikmah di sebaliknya kan!..
sambung pulak yang pasal malam tadi tu..
ha, time Syidah kat rumah K. Anis tu,
Syidah main lah bola dengan saudara2 Syidah..
kitorang bukan main sepak2 bola..
tapi, main rebut2 bola..haha..
Syidah, K.Anis n K. Iqa(saudara Syidah gak),
pertahankan bola yang ada kat kitorang,
daripada, saudara2 Syidah yang lelaki tu..
Haziq, Saiful Afiq,Aqil..dll..
memang bising gak lah time tu..
haha.. macam2 da..
tapi, memang best lah!..
penat jugaklah...... fuhh~
Tapi, kadang2 kesian tengok diorang yang lelaki tu..
yelah..lelaki kan, mesti nak main bola...
jadi, kitorang pun bagilah..
ala..tapikan,, kadang2, kitorang cuba juga..
dapatkan balik bola tu.. 
sekejap diorang dapat, sekejap kitorang pulak..
Hermm.. apelah..dah besar pun, main juga..
ish3..tak matang betullah..hehe..
tu jelah..untuk post kali ni..
sebenarnya..banyak lagi yang Syidah nak cerita.,.
tapi, kalau panjang sangat..takut bosan plak nanti..
takpelah ye..
Ala, ingat nak letak gambar..
tapi, takde pulak gambar malam tadi..
kalau nak tengok muka saudara2 Syidah..
nanti..syidah akan buat kat page lain ye..
tapi, mungkin lambat sikitlah..
Ok lah.. tu je.. tata.. 
Wassalamu'alaikum...







Kembali Ke Rahmatullah

Hai blogger,

Hari ini, merupakan, hari yang menyedihkan buat Syidah..
Kenapa? Sebab.. Mak Cik Syidah, Fatimah Bt Awang,
telah kembali ke rahmatullah..
Baru je hari ini, 22/12/2012..jam 7.30 pagi,
Innalillah wainna ilaihi raji'un..
Marilah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah untuknye ye..
Syidah sedih sangat, bila kenangkan,
macam mana anak2 nya nanti,
iaitu, saudara Syidah..
dahlah anaknya ada 8 orang..
yang sulung,Anis Akmalia pun baru 15 tahun..
PMR candidates..Alhamdulillah, dia mendapat keputusan yang cemerlang,
iaitu.. '9A'.. hermm.. kesian kan dia,..
sebab, baru je dapat kejayaan, tiba2, muncul perkara yang
menyedihkan.. Tapi, yelah..semuanya kan, dah kehendak ALLAH SWT,
Kita tak boleh nak halang atau salahkan sesiapa..
Cuma, kita mestilah redha akan pemergiannya..
Juga, mendoakan untuknya..
Sayu.... Syidah dengar, bila anaknye,
yang paling kecil, Arissatul Adra(2thn) kata,
"Mama tengah tidur", bila kitorang tanye,
mama mana,.. Sedih juga bila dia dan kakaknye,
Aliyatul Auni(3thn), asyik tanya.. "mana mama"?
Sayu kan,.... :'(
Agak2nye kan, jika kita yang mengalami,
perkara tu, apa perasaan kita?
dan, apa yang akan kita lakukan pada hari2 esok,
tanpa, kasih sayang seorang ibu..?
Pasti susahkan, untuk kita menerimanya..
dan...menjalani hibup ini...
tapi, ALLAH sentiasa ada untuk kita..
walau apa pun yang terjadi,
kita tetap kena bersemangat untuk menjalani hidup ini..
Ingat!.. ALLAH itu, Maha Mengetahui,
DIA mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Nya..
dan, setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya..
Jadi, Marilah sama2, kita doakan kesejahteraan
ke atas rohnya, dan juga, ketabahan untuk keluarganya
atas pemergian ibu dan juga isteri tercinta..
Ok lah, ini sahaja untuk post kali ni.. Semoga berjumpa lagi..
Wassalamu'alaikum...

Ini, Facebook suaminya. jika ada pesanan atau ape2,
boleh lah ke link ini,,,
.>>Mohd Yazid Abd Manaf/
>>Anis Akmalia




Friday, 21 December 2012

Kehancuran Qarun

Hai, bloggers...
Hari ini, Syidah nak sambung Rahsia Kelebihan Hari Rabu.. 
Ini rahsia yang ke-2.
Kalau yang belum baca rahsia yang pertama, nak baca,
boleh pergi ke link ni... Kehancuran Auj Bin Unuq
Ok, Syidah nak sambung ni..

  1. Rahsia 2
  • KEHANCURAN QARUN
Qarun juga dibinasakan ALLAH SWT bertepatan pada hari Rabu. Qarun adalah salah seorang kaum Nabi Musa dan juga sebagai menantunya. Ketika ALLAH memerintahkan Nabi Musa agar menuliskan kitab Taurat dengan tinta emas, Musa berkata: "Ya ALLAH, dari mana saya akan mendapatkan emas?".

Maka, ALLAH SWT mengajarkan Nabi Musa suatu ilmu. Sedangkan Qarun ketika itu sebagai seorang yang miskin. Ia banyak beribadah kepada Tuhan. Pada malam hari, ia bangun beribadah dan pada siangnya, ia berpuasa. Melihat keadaan itu, maka Musa pun merasa kasihan melihatnya. Kemudian, Musa mengajarkan kepadanya ilmu Sains, supaya dapat membantunya dalam beribadah kepada ALLAH dan dapat memberi nafkah kepada keluarganya.

Setelah Qarun mengetahui ilmu tersebut, lalu ia tekun mengumpulkan harta. Sehingga hartanya tidak terkira banyaknya. Seperti yang dilukiskan ALLAH dalam firmannya yang bermaksud:
"Dan kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat". 
(Surah Al-Qasas:76)

Adapun jumlah, anak kuncinya itu, sampai memenuhi muatan 100 ekor unta.
Ketika ia telah tekun mengumpulkan dan menumpuk-numpukkan hartanya itu, Qarun pun mulai meninggalkan amal ibadah yang sunat.

Kemudian, ALLAH SWT memerintahkan kepada Nabi Musa agar meminta zakat kepada Qarun. Ketika Qarun menghitung jumlah zakat hartanya, ternyata jumlahnya sangat banyak sekali sehingga membuat hatinya merasa sayang untuk memberinya.

Qarun mempunyai 1000 hamba sahaya lelaki dan 1000 hamba sahaya perempuan. Mereka semua diberikan kenderaan iaitu unta yang dihiasi dengan emas. Begitu juga pakaian mereka dihiasi dengan emas dan permata. Akhirnya, Bani Israel terpecah menjadi dua kumpulan. Sebahagian mengikut jejak Qarun dan sebahagian yang lain mengikut Nabi Musa a.s.

 Nabi Musa tetap memaksanya agar ia mengeluarkan zakat hartanya. Qarun berkata dalam hatinya, "Esok aku akan mengumpulkan penduduk semuanya.Aku akan berdialog dengannya .Jika ia dapat mengalahkan aku,aku akan memberikan permintaannya.Jika tidak,aku tidak akan memberikan apa-apa untuknya."

Ketika itu ada seorang wanita yang sangat terkenal dengan kecantikannya dan suka membuat maksiat.Qarun memanggil wanita itu dan ia berkata:"Esok aku akan mengumpulkan semua bangsa Israil. Bila engkau mahu mengatakan bahawa Musa telah berzina denganmu,dan engkau dalam keadaan hamil, maka aku akan memberikan harta yang mewah kepadamu."Wanita itu menerima tawaran yang diberikan Qarun itu.

Tepat pada masanya,Qarun pun mengumpul orang ramai ,kemudian ia juga mengundang Nabi Musa as.Mereka yang hadir berkata kepada Nabi Musa as.:"Wahai Musa,berilah nasihat kepada kami supaya kami dapat menerima keuntungannya."

Maka Nabi Musa pun memberikan hikmat-hikmatnya,di antaranya berkata:"Barangsiapa mencuri,maka potonglah kedua tangannya ,Barangsiapa merompak,maka potonglah kepalanya,dan barangsiapa berzina,maka rejamlah dia."

Qarun pun bangun dari tempat duduknya dan berkata:Wahai Musa jika engkau melakukan perbuatan seperti yang engkau ucapkan itu, bagaimana pula hukumannya atasmu?Musa menjawab:Seandainya aku melakukan itu,maka hukumannya adalah seperti yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT."

Berkatalah Qarun: "Aku mempunyai saksi bahawa engkau telah berbuat zina dengan seorang perempuan dan ia mengaku hamil kerana perbuatanmu." Dengan kekuasaan ALLAH SWT, maka wanita itu memalingkan lidahnya dari ingin berdusta kepada berkata benar. Kemudian ia berkata: "Sesungguhnya Musa tidak melakukan sama sekali apa yang engkau tuduh itu wahai Qarun! Bahkan Qarunlah yang menyuruh saya berdusta dan berjanji akan menghadiahkan harta. Namun, saya takut berbuat dusta dengan 
Rasul-Nya."

Maka murkalah Nabi Musa a.s mendengar keterangan wanita tersebut. Ia berkata: "Hai musuh ALLAH, apakah yang engkau hajatkan daripada perbuatanmu itu?". Kemudian, Nabi Musa keluar dari majlis itu, lalu ia bermunajat kepada ALLAH SWT. Maka, datanglah Jibril a.s dan berkata: "Wahai Musa, bahawasanya ALLAH SWT telah menjadikan bumi taat kepadamu. Apa sahaja yang engkau perintahkan, ia akan menuruti perintahmu itu."

Kemudian, Musa menemui Qarun yang sedang duduk di atas singgahsana yang mewah. Lalu, Musa memukulkan tongkatnya ke tanah. maka, singgahsana yang sedang diduduki oleh Qarun itu ditelan bumi. Lalu, Qarun melompat, maka Nabi Musa pun berkata: "Wahai bumi, telanlah dia". Maka, bumi pun menarik Qarun hingga ke lutut. Qarun bermohon kepada Musa agar ia dilepaskan dari seksaan itu. Musa berkata lagi: "Wahai bumi, telanlah dia".

Bumi menelan Qarun hingga ke lehernya, ia merintih memohon belas kasihan dari Musa. Namun Nabi Musa tidak menghiraukannya, lalu Musa berkata: " Wahai bumi, tenggelamkanlah dia". Maka lenyaplah Qarun ditelan bumi bersama dengan hartanya sekali.

Ha, begitulah ceritanya.. tentang Qarun yang sombong kerana hartanya.. Jadi, Syidah harap, kalian semua dapatlah mengambil pengajaran dan iktibar daripada cerita ini.. Ok!..  Itu sahaja lah untuk post kali ini.. Ilalliqa'.. Wassalamu'alaikum..    

Thursday, 20 December 2012

Kehancuran Auj Bin Unuq

Assalamu'alaikum .. sahabat blogger..

Hai, hari ini, Syidah nak sambung lagi cerita tentang title yang lepas tu.. kalau yang belum baca tu.. boleh tengok kat link ni.. Rahsia Kelebihan Hari Rabu .. Ok, Syidah nak sambung tentang rahsianya..

  1. Rahsia 1
  • KEHANCURAN AUJ BIN UNUQ

     AUJ BIN UNUQ berumur empat ribu lima ratus (4500) tahun. Badannya tinggi, sehingga banjir yang terjadi bapa zaman Nabi Nuh pun hanya sampai di lutut sahaja.


    Dikisahkan bahawa ia tinggal di gunung. Apabila ia ingin makan, maka ia akan menghulurkan tangannya sahaja ke dalam laut untuk mengambil ikan, lalu dipanggangnya dengan sinar matahari.

    Ketika Nabi Musa a.s memasuki suatu padang yang luas bersama kaumnya,
maka Auj bermaksud ingin membinasakan mereka. Kemudian Auj datang ke padang tersebut untuk mengukur luas padang tempat kaum Musa itu. Maka luasnya, satu parsakh kali satu parsakh. Setelah itu, baru ia mencabut sebuah gunung yang luasnya satu parsakh kali satu parsakh dengan tujuan akan ditimbusnya atas kaum Musa tersebut.

   Maka, ALLAH SWT mengutus seekor burung Hudhud membawa batu berlian. Kemudian, burung itu menusukkan berlian itu ke dalam batu gunung yang dijunjungnya hingga sampai ke tengkuknya. Auj tidak berdaya melawan burung tersebut, dengan kuasa ALLAH SWT, akhirnya ia pun binasa.

  Diceritakan juga bahawa tinggi Nabi Musa itu adalah 40 hasta, tongkatnya pun 40 hasta, dan ia melompat setinggi 40 hasta pula. Kemudian Musa memukulkan tongkatnya ke arah Auj, hanya kena bahagian mata kakinya sahaja. Namun, dengan kehendak ALLAH, mayat Auj itu akhirnya terjatuh juga.

Ha, inilah ceritanya.. tertanya-tanya tak? dari mana Syidah dapat sumber ni..
sebenarnya, Syidah dapat rujukan ni, daripada buku yang berjudul "Rahsia 7-7 Kelebihan dalam setiap Hari yang 7".Sebuah karya agung SYEIKH ABU NASHR MUHAMMAD ABDURRAHMAN AL HAMDANY, judul aslinya iaitu "As-Sab'iyyatul Fil Mawa'idhil Barriyyat" yang membicarakan nasihat-nasihat dan kisah-kisah yang berguna untuk kita. Daripada penerbitan Darul Nu'man. Harap2 perkongsian ini bermanfaat untuk kalian. Ha, kalau berminat, bolehlah cuba dapatkan di pasaran..ye..hehe.. Ok lh.. setakat ini sahaja untuk post kali ini.. Sampai ketemu lagi.. Wassalamu'alaikum...

Wednesday, 19 December 2012

Rahsia Kelebihan Hari Rabu

Assalamu'alaikum.. Sahabat2 Blogger..

   Hari ini, Syidah nak kongsikan sedikit pengetahuan yang syidah dapat dekat kamu semua..  Ia nya tentang.... Ha, yang macam kat atas tu lah.. Tajuknya.. 
"Rahsia Kelebihan Hari Rabu"...

Firman ALLAH SWT bermaksud:

      "Sesungguhnya kami telah menghembuskan kepada mereka angin yang sangat kencang pada hari nahas yang terus menerus."  (Al-Qamar:19)

       Dari Anas bin Malik R.A ia berkata:"Rasulullah SAW telah ditanya tentang hari Rabu. Baginda menjawab: Hari Rabu adalah hari, banyak terjadinya nahas." Mereka bertanya:"Mengapa demikian ya Rasulullah?". Baginda menjawab:"Kerana pada hari itu, ALLAH telah menenggelamkan Fir'aun dan kaumnya, memusnahkan kaum Aad dan Tsamud serta kaum Saleh".

      Setengah ulama' ada mengatakan bahawa ALLAH SWT telah membinasakan tujuh kaum yang kafir pada hari Rabu dengan tujuh macam azab.

      Di antaranya:
  1. Auj bin Unuq dibinasakan dengan burung Hudhud.
  2. Qarun dimusnahkan dengan dibenamkan ke dalam tanah.
  3. Fir'aun dan kaumnya dibinasakan dengan ditenggelamkan di dalam sungai Nil.
  4. Namrud dibinasakan dengan nyamuk.
  5. Kehancuran kaum Saleh.
  6. Syadad bin Aad dibinasakan dengan suara Jibril as.
  7. Kaum Hud dibinasakan dengan angin taufan.
Ha, inilah dia di antara kelebihan2 hari Rabu.. Eh!.. ha'ahlah.. hari ni pun kan, memang hari Rabu.. baru Syidah perasan,, jadi, sesuai sangatlah dengan tajuk ni.. hehe.. Sebenarnya, ada lagi tentang kelebihan2 hari yang lain.. tapi, takkan nak terus post kat sini.. banyak tu.. Ok lah.. kalau nak tahu.. tentang kelebihan2 hari yang lain.. tunggu lah post syidah yang seterusnya ye.. Ok0!..
Tata,.. Jumpa lagi di post yang seterusnya.. Wassalamu'alaikum... 

Monday, 17 December 2012

Blog Lama? Blog Baru?

Assalamu'alaikum,hai sahabat2 blogger,..
  
Ha, kali ni, title post syidah "Blog Lama? Blog Baru?". Pelik kan, title nye tu...
Agak2nye, kenapa syidah buat title camtu erk? Ha! nak tahu tak? mestilah nak syidah,,,ceciter2..Hesh, sabar lah dulu.. Cerita nya, camni,
Sabtu malam Ahad yg lepas(15/12/12), syidah balik kampung, pergi rumah saudara syidah, Nisyyah.. Kenapa? Sebab, ada kutu2..Ha? Kutu2, ape tu syidah? binatang tu ke? Haha.. bukanlah.. dia mcm kumpul2 duit setiap bulan dgn kawan2 ke..ataupun keluarga.. tak kisahlh..pastu, duit yg kita kumpul tu, akan digunakan untuk buat majlis ke,, program.. atau ape2 jelah.. kalau keluarga syidah, setiap bulan, kami akan mengadakan jamuan makan2 camtulah, daripada duit2 yg kami kumpul tu. itu, ikut apa yang keluarga kembangan syidah lah.. hehe.. tapi, kalau orang lain, tak pasti sangatlah, cuma, mungkin lebih kuranglah.. Sebab kami adakan kutu2 ni , supaya dapat mengeratkan lagi, silaturrahim antara kami.. dan juga, dapat mengumpulkan duit untuk kegunaan2 yang diperlukan.. WOW!...panjang jugak erk, syidah terangkan,..hehe..maaf,,.. Ok lah.. kita sambung.. lepas habis je makan2 tu,syidah ikutlah nisyyah ke bilik.. syidah tengok dia update blog.. blog dia... pergh!.. cantik banget,,, syidah jadi rindu nak update blog syidah.. tapi,tulah, masalahnye.. blog syidah tu,,syidah lupa email n pass nyer..haha... apelah syidah ni kan... ish3.. yelah, duduk asrama.. jarang balik,,,so, jaranglah update blog... sampai lupa email n pass nye.. lepastu, syidah cerita2 lah dengan nisyyah.. nisyyah kata, buatlah blog baru.. hermm.. sebenarnya, dah lama juga, syidah nak buat blog baru, tapi, tak sempat... tapi, lepas je, syidah tengok nisyyah punyer blog tu, syidah jadi, makin b'semangat  nak buat blog baru.. sebelum balik rumah, syidah singgah rumah nenek syidah kat depan rumah dia je.. sampai je rumah syidah, syidah terus buka laptop, buat blog baru walaupun masa tu, dah pukul 12 lebih.. dan..tada!..inilah hasil nyer.. mungkin, tak seberapa lah.. tapi, syidah akan gunakan, masa yang t'luang untuk update blog syidah ni.. Ha, begitulah ceritanya.. itulah sebab lahirnyer..title yang di atas tu..ish3..panjangnye, syidah berceloteh..maaflh..kalau malas nak baca.. Ok lh.. syidah pergi dulu... ilalliqa'... eh!..jap2... nak link blog nisyyah tak?,, nak..tunggu jap erk...

Ha ni dia.. ~ 

Saturday, 15 December 2012

Apakah Kehidupan yang sebenar?

Kehidupan,
Sebenarnya, apa erti kehidupan itu? Kadang-kala, kita terfikir, mengapa kita dilahirkan di dunia ini? Untuk apa? Tapi, kita seharusnya, bersyukur kerana kita dapat menikmati, kehidupan di dunia ini. Keindahan ciptaan-Nya. Sungguh menakjubkan!! 

Kehidupan juga, adalah pelajaran untuk diri kita. Ia  mengajar kita, erti kesabaran, ketabahan, berkasih-sayang dan macam2 lagi. Lihatlah dunia ini! Cakerawala, laut yang terbentang luas, gunung-ganang dan semua yang ada di alam semesta ini.. Siapa yang menciptanya? Sudah tentulah Yang Maha Kuasa iaitu ALLAH SWT. Subhanallah! Begitu besar kekuasaan-Nya!  Jadi, mengapa ciptaan ini diciptakan? kerana, ia mengajar kita kehidupan yang sebenar. Manusia? Ha! Manusia juga adalah ciptaan ALLAH. Manusia diciptakan untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai hamba ALLAH dan juga khalifah di muka bumi ini.. berlandaskan, Kitab Suci ALLAH SWT, Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan juga Sunnah Baginda, bagi panduan hidup manusia. 

Oleh itu, kita haruslah berterima kasih kepada ibu bapa kita, kerana telah melahirkan kita.
Kerana, tanpa mereka, kita tidak dapat melihat alam semesta ini. Jangan lupa juga untuk bersyukur kepada Yang Maha Esa, kerana memberi kita peluang untuk menjalani kehidupan ini.... Alhamdulillah.. Syukran Ya ALLAH!..

Pengenalan

 Hai, Saya Ummi Syahidah. Baru berumur 13 tahun. Menuntut di SAMBEST, USJ5 dalam bidang Kemahiran Teknikal(KT). Boleh panggil saya Syidah/Ummi or ape2 jelah yang korang suka. Saya tak kisah. Sebenarnya, ini adalah blog ke-2(kot) saya. Tapi, masih mentah lagi lah.. Jadi, saya harap, awak semua, boleh lah bantu saya. Jadi, kalau nak berkenalan, Insya-Allah boleh je. Ok lah, saya pun tak tahu, nak cakap ape lagi.. tunggulah post yang seterusnya. (kalausempat). Ilalliqa'..