Kehancuran Fir'aun Beserta Tenteranya
Hai, maaflah.. lambat sambung..
Rahsia Kelebihan Hari Rabu..
yelah.. sibuk dengan kenduri tahlil..
untuk arwah makcik Syidah ..
Malam ni pun, nanti ada lagi..
katanya..nak buat 3 hari kot..
hari ni...lastlah kot.. Insya-Allah..
ha, kalau ada yang belum baca rahsia ke-2,
bolehlah ke link ni...>>Kehancuran Qarun
Ok lah.. Syidah sambung...
- KEHANCURAN FIR'AUN BESERTA TENTERANYA
Fir'aun beserta tenteranya mendapat kehancuran pada hari Rabu. Ketika Musa a.s beserta pengikutnya bangsa Bani Israel yang berjumlah 70 000 orang pergi menuju ke tepi Sungai Nil, mereka dikejar oleh Firaun dan tenteranya yang berjumlah 2 juta orang.
Ketika mereka merasa tidak dapat melarikan diri. maka berkatalah pengikut Musa: " Sesungguhnya kita benar-benar akan bertempur dengan Fir'aun."
Musa pun menjawab: "Sekali-kali mereka tidak akan dapat menyusul kita, sesungguhnya Tuhanku besertaku, kelak ia akan memberikan petunjuk kepadaku".
Kemudian ALLAH SWT mewahyukan kepada Musa a.s: "Pukullah lautan itu dengan tongkatmu!" Maka terbelahlah lautan itu. Musa dan kaumnya berjalan melintasi lautan itu dengan selamat. Sedangkan Fir'aun dan tenteranya ikut dari belakang, setelah Musa a.s. Musa a.s serta pengikutnya selamat sampai ke tepi, maka Fir'aun pun tenggelam beserta tenteranya.
Diceritakan bahawa ketika Fir'aun melihat asap yang akan menimpanya, ia lalu berusaha menyelamatkan diri dari bahaya tenggelam. Tetapi, Jibril menutup mulutnya dengan tanah, sehingga ia meminta tolong kepada Jibril sampai 70 kali.
ALLAH berfirman yang bermaksud: "Hai Jibril, sesungguhnya Fir'aun telah meminta tolong kepadamu sebanyak 70 kali, namun tidak engkau tolong. Maka, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, seandainya ia meminta tolong kepada-Ku, walau hanya 1 kali sahaja,
aku pasti akan menyelamatkannya daripada bahaya tenggelam.....
Ha, begitulah ceritanya...
Harap, ambil pengajaran ye.. jangan lupa juga..
untuk komen.. kalau ada tersilap apa2..
bolehlah tolong tegur ye..
Syukran.. tata..
wassalamu'alaikum..
Sungai Nil, Mesir
besar sungguh kuasa-NYA
ReplyDelete