Hari ini, Syidah nak kongsikan sedikit pengetahuan yang syidah dapat dekat kamu semua.. Ia nya tentang.... Ha, yang macam kat atas tu lah.. Tajuknya..
"Rahsia Kelebihan Hari Rabu"...
Firman ALLAH SWT bermaksud:
"Sesungguhnya kami telah menghembuskan kepada mereka angin yang sangat kencang pada hari nahas yang terus menerus." (Al-Qamar:19)
Dari Anas bin Malik R.A ia berkata:"Rasulullah SAW telah ditanya tentang hari Rabu. Baginda menjawab: Hari Rabu adalah hari, banyak terjadinya nahas." Mereka bertanya:"Mengapa demikian ya Rasulullah?". Baginda menjawab:"Kerana pada hari itu, ALLAH telah menenggelamkan Fir'aun dan kaumnya, memusnahkan kaum Aad dan Tsamud serta kaum Saleh".
Setengah ulama' ada mengatakan bahawa ALLAH SWT telah membinasakan tujuh kaum yang kafir pada hari Rabu dengan tujuh macam azab.
Di antaranya:
- Auj bin Unuq dibinasakan dengan burung Hudhud.
- Qarun dimusnahkan dengan dibenamkan ke dalam tanah.
- Fir'aun dan kaumnya dibinasakan dengan ditenggelamkan di dalam sungai Nil.
- Namrud dibinasakan dengan nyamuk.
- Kehancuran kaum Saleh.
- Syadad bin Aad dibinasakan dengan suara Jibril as.
- Kaum Hud dibinasakan dengan angin taufan.
Tata,.. Jumpa lagi di post yang seterusnya.. Wassalamu'alaikum...
No comments:
Post a Comment