Razi.
Satu perkataan yang simple.
Tapi, memberi beribu makna.
Yang menyatukan hati kita.
Yang mencipta memori yang indah, awesome, unik.
Hanya dalam masa yang begitu singkat. (2 Tahun).
Kisah kita bermula pada tahun 2012.
Tika kita masih seperti kanak-kanak ribena. Bergaduh, bertelingkah, hanya kerana ingin menegakkan pendapat kita yang tidak matang. Bermusuhan. Tiada persefahaman. Antara ikhwah dan akhowat. Masing-masing ego. Masing-masing tak mahu mengalah. Masing-masing nak menang. Kadang2, macam anjing dan kucing pun ada kot. Cikgu selalu tegur. Kelas kitorang tak ada persefahaman. Lelaki nak menangkan yang lelaki, Perempuan nak menangkan yang perempuan. Huh~ sangat tak matured. Itulah kami.
Tapi, itu DULU. Sekarang.. Tahun 2013?
Kita semua mula berubah. Semakin membesar. Dari kecik2, ketot, tak matang. Sehinggalah semua makin meninggi dan semakin matang(kot). (Tapi, tuan empunya badan ni je, yang tak membesar. Nasib badan.)
Dulu, kita berperang. Macam perang dunia ketiga kot. Sekarang, semua sudah mula menerima . Antara satu sama lain. Memberi kerjasama yang baik. Menjaga dan mempertahankan antara satu sama lain. Kita sudah ada persefahaman. Satu perubahan yang sangat besar. :)
Ingat lagi. Masa awal tahun. Gaduh pasal warna untuk cat kelas. Haha. Akhirnya, perempuan yang menang. Lagipun, memang pilihan kitorang Best pon. (Bangga Pulak.) Ikhwah-Gomenne. Tapi, terima kasih sangat2 dekat seorang budak ni, sebab sponsor cat untuk kelas. Arigatou. :) Then, teringat time nak cat kelas tu. Mula-mula lelaki macam tak nak tolong. Last2. Rupa-rupanya, diorang lah yang tolong siapkan cat semua tu. Cantik.. Biasa la, lelaki. Dah biasa kerja2 camtu. Hehe. Then, dulu, kalau halaqah. Mesti berakhir dengan ketidakpuashatian. Tapi, sekarang.. Dah mula okey. Sebab game kot. Haha. Kalau berbincang pun, dah boleh dibawa bincang la. Boleh terima. Good improvement la kan? Haha. Kenangan~ :')
Segalanya yang kita telah lalui, kita tempuhi bersama. Telah membantu mendewasakan kita. Kita ketawa, gembira bersama. Bersedih, berduka bersama. Semuanya cukup indah. Takkan mudah untuk dilupakan. Walaupun kadang-kala kita masih "berperang". Tapi, akhirnya, ada yang mengalah. Jika ada yang melakukan kesilapan, kita mengaku dan memaafkan. Begitu banyak memori yang indah, unik. Yang telah kita lalui bersama. Sukar untuk ditafsirkan. Kerana. Ianya sudah tersemat di hati.
Sahabat. Mungkin, ukhuwah kita ini, tidaklah sehebat mana. Tapi. Ayuhlah. Kita bina ukhuwah kita seperti yang dijalinkan oleh Rasulullah dan Para Sahabat. Bersama. Walaupun kita akan terpisah pada zahirnya. Tetapi, ingatlah, HATI kita tidak akan terpisah, kan? Ukhuwah kita tak akan putus, kan?
Dan. Yang paling penting. Two Words. One Name. That was created by us.
That's Our Name. RAZIAN CREWZ. No one can take it.
That's only for us. OURS. :)
Cool, Pelik, Rock, Gempak.
Itulah KITA.
Always remember. Please, don't forget it. Okay?
Anyway, Thanks, Arigatou, Gomennasai for Everythings.
SAHABAT. Forever. Never.Ever. Last Forever. :) Till Jannah.
Insya-Allah. ^_^
ternampak lak button tu, aku tak ingatlah, aku dah bayar ke belum eh duit button tu? ;)
ReplyDelete