
Persahabatan a.k.a Ukhuwah. Eh?
Adakah kedua-duanya memberi maksud yang sama? Atau pun berbeza? Kadang, ana pun
tertanya-tanya. Apakah perbezaannya? Atau, kedua-duanya memberikan maksud yang
sama? Mari kita lihat pandangan sahabat-sahabat kita ni.
Miss A.S : Ukhuwah itu satu ikatan. Persahabatan itu pula satu
hubungan.
Mr.
Answer : Ukhuwah perasaan kasih sayang sesama umat islam. Persahabatan(?)
Persahabatan boleh je dengan non-muslim. Ada ke kita kata ukhuwah dgn
non-muslim?
Miss
F : Dalam Persahabatan ada ukhuwah. Ukhuwah akan jadi lebih manis kalau orang
yang kita berkawan mampu membimbing kita dekat pada-Nya.
Miss Izz : Dalam persahabatan tak semestinya ada ukhuwah..tapi setiap ukhuwah
yg terjalin sudah tentu ada persahabatan..ukhuwah ni selalunya akan kekal yg
mana kita susah nak lupakan dia..sbb kita bersahabat dgn dia kerana Allah dan dalam
tujuan yg sama..manakala persahabatan pula pasti akan ada salah faham dan
sebagainya, ,dan dalam persahabatan tu juga tidak semua akan satu fikrah dgn
kita,, ada dlm kalangan mereka yg kurang sependapat dgn kita..berbalik pada
ukhuwah yg mana apabila kita menuju pada tujuan yg satu iaitu syurga-Nya ataupun
ukhuwah itu kerana Allah, kita akan mempunyai satu fikrah yg sama yg mana
mempunyai pemikiran yg lebih kurang sama walaupun terdapat sedikit perbezaan,
ia tetap tidak akan lari dari tujuan asal kita. Dalam persahabatan dalam satu
tingkatan, mungkin kita boleh katakan ukhuwah..tapi, betul ke ukhuwah yg kita
jalinkan tu? samada ukhuwah ataupun persahabatan semata-mata..sebab apa..?
sebab ada dalam kalangan kita yg tidak satu fikrah dgn kita..pernah tak kita
fikir untuk ubah mereka ikut kita..kalau
kita berjaya lakukan perkara tu, itulah ukhuwah yang sebenar..
Tapi, kadang, kita sendiri tak pasti.
Siapakah sebenarnya sahabat kita? Adakah kita mempunyai sahabat? Acap kali ana
terfikir. Ana tak ada sahabat ke? Kerana. Hendak mencari sahabat yang sentiasa
ada tika suka dan duka. Nangis dan ketawa. Yang sentiasa ada diperlukan. Yang
sentiasa setia mendengar luahan hati kita. Dan, yang paling penting. Sahabat
yang sentiasa mengingatkan kita pada-Nya dan memimpin kita menuju redha-Nya.
Tidak mudah. Kadang, kita rasakan bahawa dialah sahabat kita. Namun, adakah
ianya benar?
Dari dulu, ana tak pernah rasa bagaimana
mempunyai seorang sahabat. Sebab, ana sendiri tak tahu. Apakah sebenarnya erti
sahabat itu.
Sehinggalah, suatu hari, ALLAH telah menemukan kembali kami
yang telah terpisah selama 3 tahun. Pada mulanya, kami tidak berasa apa2. Cuma
gembira kerana dapat bertemu kembali kawan lama. Namun, semakin lama, kami
semakin rapat. Setiap kali berjumpa
pasti ada cerita yang akan kami kongsikan bersama. Dan, ianya pasti akan
berakhir dengan satu pengajaran dan terselit nasihat buat diri kami. Rasa kasih
sayang itu pun mula bercambah dalam diri kami. Rasa kasih yang mana kita juga
akan berasa sedih apabila melihat dia sedih. Dan, gembira melihat dia gembira.
Kata orang “ Cubit paha kanan, paha kiri terasa.”
Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)
Dan, kadang, bila kita ingin melakukan suatu perkara yang
tidak baik (na’uzubillahiminzalik) kita teringat akan nasihat kawan kita. Terus
kita hindarkan diri daripadanya.
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya,
kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama,
melihat gerak-gerinya teringat mati.”
Kita rasa ingin berkongsi segala rasa dengannya. Selesa.
Tenang. Kadang, tanpa kita sedar dia telah membantu mengubah diri kita ke arah
yang lebih baik. Benarlah sabda Rasulullah SAW :
الْمُؤْمِنُ مِرْآةُ (أخيه) الْمُؤْمِنِ
Seorang mukmin cerminan dari saudaranya yang mukmin [1]
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ
يُخَالِلُ
Seseorang itu tergantung pada agama temannya. Oleh karena itu,
salah satu di antara kalian hendaknya memperhatikan siapa yang dia jadikan
teman [3]
Melalui hubungan persahabatan itu , ditambahkan dengan kehadiran kasih sayang, membentuk satu ikatan yang dipanggil ukhuwah. Ukhuwah yang terjalin berlandaskan iman dan taqwa. Indah dan manis sungguh ikatan ukhuwah itu jika ditambah lagi dengan onak duri yang mengajar kita erti persahabatan. J Mari, kita bina ukhuwah semanis gula-gula kapas dan seindah pelangi.
Teman,
Tabahkanlah hatimu,
Meski pelbagai ujian dan ranjau kehidupan perlu
dihadapi.
Kerna, ia akan mengukuhkan lagi ikatan
ukhuwah kita.
Pengalaman itulah yang mengajar kita erti
kehidupan.
Sahabat,
Sokonganmu menjadi insiprasi,
Kehadiranmu mendamaikan kalbu,
Bagai cahaya yang menyinari kegelapan,
Bisikan kalimah yang menyentuh kalbu,
Menyapa keinsafan dalam diri ini.
Kau tiupkan harapan ,
Tika diri ini hampir tewas dalam kegagalan.
Duhai Sahabat jua Teman Sejati,
Ayuh kita jalinkan ukhuwah seperti Rasulullah
dan Para Sahabat,
Susah senang kita hadapi bersama,
Bertemu dan berpisah kita kerana Ilahi,
Hingga kita bersatu kembali di Syurga
Firdausi.
In Shaa Allah ~
No comments:
Post a Comment