background

Friday, 30 August 2013

You're Welcome Friends. ;)


Hari ini, Syidah ada visit laman blog sahabat Syidah.. Noratiqah Adib.
Syidah sangat terharu, dengan dia. Kenapa? Entahlah..
Mungkin, sebab, tak sangka, dia akan berterima kasih kepada Syidah,
juga kepada sahabat2 yang lain, yang telah menolong dia banyak perkara.

"Thanks a lot, friend."

Dia ni kan, jenis orang yang sempoi, cool.. Hobi dia? sangat2 suka melukis dan
menulis. Dia kata, dia nak buat karya, macam cerpen. Komek pon boleh. Yelah,
lukisan dia, sangat2lah comel. Cute. ;) dia kreatif dan banyak idea dalam kepala
dia. Hehe.. :D tapi, kadang2 idea nyer tu.. adalah jugak, yang luar alam sikit.
Sorry, Tiqadib. Justkidding. But, it's true, right? (Y) Nak tengok tak? beberapa hasil
lukisan dia.. Meh ikut Syidah. 

Cantik kan?

Itu. ucapan/kata-kata dia.

# kalau gambarnya tak jelas, boleh lah klik kat gambar, untuk besarkan. ^_^

Rasanya itu je.. Tata.. Wassalamu'alaikum. Ukhuwah fillah, Insya-Allah. 





Friday, 9 August 2013

Umat Islam Malas Membaca?

Macam mana semua, beraya? Best? Mestilah kan, dapat banyak duit raya.. hehe..
Baiklah, di sini, Syidah nak berkongsi sedikit sebuah cerita yang pernah disampaikan
oleh akak senior Syidah di sekolah. Tapi, ini just copy pasta je, daripada, sahabat Syidah..
Farahin Hamzah.

"Cerita pendek. Aku mahu kau teliti dan hayati. Bukan sekadar pandang. Tapi rasailah.

Suatu petang usainya solat asar berjemaah. Sesi ta'alim diadakan. Seorang seniorku menceritakan sebuah cerita yang dianggap kisah benar atau cerita benar. Beliau berkata, ada seorang tentera yahudi atau israel telah menulis sebuah buku 'Strategi mengalahkan tentera yahudi' (lebih kurang begitulah) Ya. Mesti kalian tertanya-tanya mengapa dia menulis buku sebegitu? Usah pertikaikan dahulu.

Selepas itu, kawannya bertanya kepada tentera itu, "mengapakah kau menulis buku sebegitu? apakah kau tidak takut jika umat islam ternampak buku itu?" dia menjawab "aku tidak takut kepada mereka kerana aku tahu yang umat islam memang tidak akan baca buku aku ini"

Nampak? Sekarang kalian sudah boleh mula untuk pertikaikan. Jadi, ini salah siapa? Kita atau mereka? Aku beranggapan ini semua salah kita yang malas membaca. Yalah, dunia semakin moden teknologi semakin canggih. Banyak gadjet-gadjet jadi buruan anak muda. Mereka sudah tidak peduli untuk membaca perkara ilmiah. Membaca info info terkini pun melalui internet, suratkhabar mana nak dibelinya. Inilah kita, mata dikaburi oleh permainan negara barat. Aduhai. Jadi, dengan cerita yang aku sampaikan tadi aku berharap agar kalian semua mengambil iktibar dan berfikir sejenak. Sekian."

Ha. Begitulah ceritanya. Jadi, bagaimana? telah terbukti di sini, bahawa tentera yahudi ni, sudah menganggap kita(umat Islam), tidak rajin untuk membaca. Jadi, sama2lah kita ubah diri kita ye, dan mempertahankan Umat Islam. Biar mereka semua takut dengan kita. ;)

Sekian, Wassalamu.

Wednesday, 7 August 2013

Eid Mubarak!


Salam Lebaran semua!

Nampaknya, Ramadhan sudah pun berakhir. Apa perasaan kalian?
Mungkin ada yang gembira, sebab dah tak payah puasa. Atau pun gembira sebab nak raya. Tapi, mungkin ada juga yang sedih akan kehilangan dan kepergian Bulan yang Mulia. Syaitan2 pun dah mula berkeliaran. Mereka semua pun gembira.. sangat. Sebab, mereka dah bebas daripada penjara setelah sebulan mereka terperuk di sana. Mereka semua sudah tidak sabar dan sudah bersedia untuk 'beraya' bersama kita.

Sedih kan? Bulan Ramadhan dah pergi. Pasti kita akan merinduinya kan?
Rindu nak solat terawih dekat masjid, buka puasa ramai2, tadarus. Hurmm.. :( Tahun depan pun, kita tidak pasti, sama ada masih adakah peluang untuk kita merasai Bulan Ramadhan ini lagi. Hurmm.. nampaknya, malam ni, dah mula da, 'perang mercun'. Sana sini ada. Hah! nak main tu boleh.. tapi, hati2 lah. Jangan main terlampau syok sangat, sampai lupa dunia. Okey? Nanti kan, ada yang melecur sanalah, sinilah. Patah sanalah, sinilah.. hesh, macam2.. Jadi, ingat pesanan Syidah ni tau.

Ha, tadi. Apabila pengumuman raya disiarkan oleh seorang... apa kita nak gelar dia ye. Senang kata, pakcik lah.. hehe.. Maaf pakcik. Ok. Jadi, apa perasaan dan reaksi semua? Wah! bukan main seronok lagi kan? Mestilah seronok, nak raya.. nanti dapat duit raya, kan? hihi. Syidah? hurmm.. Syidah pun tak pasti, apa perasaan Syidah. Nak kata, gembira, adalah jugak. Yelah, siapa yang tak suka, bila raya? Tapi, dalam masa yang sama. Syidah rasa sedih, sebab, Ramadhan dah pergi. Tak tahu dapat jumpa lagi ke tak. Huhu~. Amalan dan Iman Syidah pun, tak pasti dah cukup atau meningkat ke belum. Hurmm.. Yang pasti, Syidah dah cuba buat yang terbaik. Insya-Allah. Usaha itu yang penting kan? 

Baiklah. Syidah nak kongsikan sedikit perkongsian berkenaan Aidilfitri. Syidah dapat daripada sahabat dan juga merupakan blogger. Mari kita baca dan sama2lah kita cuba amalkan ye. Insya-Allah.

Amalan Rasulullah S.A.W Pada Malam & Menjelang AidilFitri

1) Solat sunat tasbih :

 nabi menyarankan kepada kita melakukan solat sunat tasbih pada tiap-tiap malam. Andai kata tidak mampu, sekali seminggu. Andai tidak mampu jugak, sekali sebulan. Andai tidak mampu lagi, sekali setahun. Andai tidak mampu2 lagi, kerjakanlah sekali seumur hidup.

2) Qiamullail : 

Imam syafie pernah menyebut dalam kitabnya Al-um, bahawasanya ada 5 malam yang mana sangat mustajab untuk berdoa. 
1) malam jumaat 
2) malam aidil fitri 
3) malam aidil adha 
4) malam awal bulan rejab 
5) malam nisfu syaaban.


3) Mandi sunat aidil fitri : 

ianya sangat mudah untuk dilakukan. Sebelum mandi mestilah berniat seperti ‘sahaja aku mandi sunat hari raya fitrah kerana Allah taala. Ia bukanlah terbatas setakat itu sahaja, bahkan segala apa sahaja amalan yang kita lakukan jika diniatkan kerana Allah, nescaya ianya akan dikira sebagai ibadah.


4) Makan sebelum menunaikan solat sunat aidilfitri :

ada riwayat yang menceritakan bahawa sebelum pergi bersolat sunat aidilfitri nabi akan makan buah tamar. Dan buah tamar yang dimakan oleh nabi adalah dalam bilangan ganjil. Ada yang menyebut 3. Ada jugak yang menyebut 5. Wallahua’lam.


5) Memakai pakaian yang suci :

 ia merupakan lambang kepada kemenangan seorang muslim selepas Berjaya menahan dugaan dan nafsu selama sebulan. Sesetengah ulama berpendapat bahawa jubah putih dan serban putih adalah pakaian hari raya yang terbaik. Namun begitu, pakaian yang lain tidaklah dilarang untuk dipakai asalkan ianya adalah pakaina terbaik yang dimiliki.


6) Memakai wangi-wangian :

ia disunatkan kepada lelaki sahaja. Wanita tidak boleh memakai wangian yang baunya keterlaluan kerana boleh menjadi fitnah.


7) Banyakkan bertakbir :

sebaik saja masuknya malam pertama bulan Syawal kita digalakkan untuk bertakbir sehingga imam mengangkat takbir sembahyang raya. Ini kerana selepas solat sunat fitrah stidak lagi disunatkan untuk bertakbir seperti mana sebelumnya.


8) Menunaikan zakat fitrah pada pagi hari raya :

nabi pernah bersabda bahawa waktu yang paling afdhal untuk menunaikan zakat fitrah ialah pada pagi hari raya fitrah. 0leh sebab itu solat sunat hari raya sunat dilambatkan bagi memberi peluang menunaikan zakat fitrah.


9) Pergi ke masjid melalui jalan yang berlainan dengan jalan pulang ke rumah :

 islam adalah agama yang mementingkan ukhuwah. Tujuan nabi pergi ke masjid melalui jalan yang berbeza dengan jalan pulang ke rumah adalah untuk berjumpa dengan lebih ramai orang untuk bermaaf-maafan. Lihatlah betapa senangnya untuk memperoleh pahala tetapi semuanya bergantung kepada ilmu seseorang.

Copy paste via fizgraphic.

Alright, that's all.. Tata,,. Wassalamu'alaikum..


 

Tuesday, 6 August 2013

Perginya Bulan Yang Mulia, Hadirnya Bulan Yang Ceria~


Salam Ramadhan!
Bagaimana puasa kalian semua? Seronok? Penuh tak? hehe, Nampaknya, sudah hampir sebulan, Kita menyambut Bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan..dan 1001 memori indah, yang mungkin sukar untuk kita lupakan. Dalam bulan Ramadhan, banyak perkara, amalan dan kebaikan, yang kita dapat rasai dan perolehi..tetapi, tidak dalam bulan2 yang lain, kan? Contohnya seperti, solat terawih. Dalam bulan lain, mana ada solat terawih kan? Bulan Ramadhan, banyak keistimewaannya .Terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan, iaitu.. Malam Lailatul Qadr.. semua orang, berlumba-lumba ingin mendapatkan malam yang penuh keberkatan itu...tapi, tidak semua orang yang dapat merasainya. Hanya segelintir sahaja dari kalangan kita yang dapat merasainya iaitu mereka yang benar2 terpilih oleh ALLAH SWT. 

Ramadhan ini, adakah kita menyambutnya dengan hati yang gembira? Adakah kita memanfaatkannya dengan baik, sempurna? Atau sedih.. kerana tidak dapat makan?
Sudah cukupkah, amalan yang kita lakukan bagi meningkatkan keimanan kita kepada-Nya?
Tepuk dada, tanyalah iman. Sebenarnya, bulan Ramadhan ini, bukanlah sahaja, bulan di mana kita tingkatkan ibadah kita. Tetapi, bulan inilah yang melatih kita dan memperbaiki amalan, ibadah dan iman kita agar menjadi lebih baik.. Bukan untuk kita terus lupakan dan hentikan amalan dan ibadah yang kita lakukan dalam bulan Ramadhan itu. Jadi, teruskanlah segala amalan2 tersebut dalam bulan yang seterusnya. Ok? Thaiyyib!..Memandangkan, Ramadhan tinggal beberapa hari sahaja lagi, marilah sama2, kita tingkatkan amalan dengan penuh keimanan dan keikhlasan kerana ALLAH SWT. Mungkin, Ramadhan ini, Ramadhan yang terakhir buat kita. Kita tak tahu? ALLAH boleh tarik nyawa kita, bila2 sahaja. Hari esok pun, kita tidak pasti.. sama ada, kita dapat lalui atau pun tidak.. Segala kemungkinan boleh berlaku. Jadi, apakah perasaan kita? akan kehilangan dan kepergian bulan Ramadhan ini? Saya ingin berkongsi sedikit kata2 daripada  AJK BADAR sekolah saya.

"Terdapat tiga golongan yang akan lahir esok. Golongan pertama ialah mereka yang bersedih dengan pemergian bulan barakah ini. Golongan kedua ialah mereka yang gembira dengan kehilangannya kerana tidak perlu lagi menyekat nafsu mereka. Golongan yang ketiga pula ialah mereka yang tiada merasa apa-apa."

Jadi, kita dalam kelompok yang mana? Tanyalah iman kita.

Ustaz Hafiz , penceramah sempena Bulan Ramadhan di sekolah saya ada berkata:
Saudara2 kita di negara luar seperti Mekah, Madinah, mereka semua.. sangat sedih akan kepergian Bulan Ramadhan. mereka berharap sangat agar bulan ini, tak akan pergi dan terus ada. Apabila bunyi mercun 3 kali yang menandakan esok merupakan Hari Raya, mereka semua menangis.. Kerana terlalu sedih akan kehilangannya. Tetapi, kita di sini? Bagaimana? Apakah reaksi dan tindakan kita, apabila diumumkan esok adalah Hari Raya? Ada di kalangan kita yang meloncat kegembiraan. Bagi mereka yang merasai kenikmatan bulan Ramadhan ini, pasti mereka akan berasa sedih. Kerana kita tidak akan dapat merasai kenikmatan seperti di bulan ini dalam bulan yang lain. Jadi, Hargailah Ramadhan kali ini.

Seperti yang kita tahu, Bulan Syawal akan tiba, tidak lama lagi. Ramai di kalangan kita yang  gembira dan tidak sabar2 hendak menyambut kedatangannya. Syaitan pun sudah tidak sabar menanti hari raya. kerana apa? kerana tidak lama lagi, mereka akan dibebaskan daripada penjara mereka. Pasti mereka sedang berkemas dan bersiap2 untuk keluar. Adakah kita seperti mereka? jawablah sendiri ye. Ha! memandangkan syaitan pun dah nak bebas, adakah kita sudah bersedia untuk berhadapan dengan mereka? Bisakah kita menghadapi godaan mereka? Tanyalah hati kita. Semoga segala amalan kita dapat membantu kita melawan godaan2 mereka. Amin. Insya-Allah. Tetapi, Apabila pengumuman Hari Raya pada esok hari diumumkan, mulalah kedengaran mercun di sana sini. Ketika bulan Ramadhan pun, sudah kedengaran bunyi mercun. Sampai kan, ada yang tercedera kerana bermain mercun mahu pun bunga api. Macam2 kejadian yang tidak diingini berlaku. Mengapa? Ini semua, akibat kelalaian kita sendiri. Oleh itu, adakah kita sudah benar2 menjadi hamba-Nya yang taat akan suruhan-Nya? Adakah kita sudah benar2 jauh daripada melakukan  maksiat dan larangan-Nya? Sudah cukupkah iman kita ini? Untuk kita teruskan kehidupan seharian kita.  Jadi, jika kita tiada kesungguhan di kala Ramadhan, apalah gunanya untuk kita raikan Syawal ini.  Malulah pada diri kita. Oleh itu, marilah sama-sama kita tajdid niat kita bahawa kita berpuasa bukanlah semata-mata untuk raya, tapi, semuanya kerana ALLAH SWT. Nikmatilah detik-detik terakhir ini. Ingat-mengingatilah antara kita semua. Semoga kita semua mendapat keberkatan, rahmat dan keredhaan ALLAH SWT. Insya-Allah.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan, 
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"
"MAAF ZAHIR & BATIN"

"كل عام وانتم بخير"


Eid Mubarak! Maaf atas segala kesilapan dan keterlanjuran diri ini. Harap dimaafkan.
Sekian sahaja daripada saya.. Jazakumullahu Khairan! Assalamu'alaikum wbt.



Written By: Ummi Syahidah Jamahari




  

Sunday, 4 August 2013

Example Esei

The Kind Boy
                                                
        
   Aiman is my friend. He is twelve years old. He is in year six at SK Taman Makmur. He is a responsible and kind boy.
       Last Monday, Aiman woke up early in the morning to go to the school. He took breakfast with his family together in the kitchen. After breakfast, he cycled his red bicycle to school. While he was cycling, he saw some broken bottles on the road.
       It was very dangerous for the road users so, he stopped his bicycle. He picked up the pieces of the broken bottles scattered on the road carefully. Then, he put them into the big red rubbish bin. When he was picking up the broken bottles, his headmaster drove by the road in his car. He saw what Aiman did.

       After that, he cycled his bicycle carefully to the school. In school, there was an assembly that morning. After the headmaster gave a speech, Aiman was called by the headmaster onto the stage. Aiman was praised for his good deed. Aiman was very happy. All the pupils clapped their hands. He thanked the headmaster.

       After school, he went home happily. He told his parents about it. His parents were very proud of him.

Written by: Ummi Izzati, My sister. 12 y/o

Asal-usul nama Negeri Selangor

Asal usul nama negeri Selangor

Antara cerita yang mengaitkan nama Selangor adalah daripada sejenis serangga yang digelar “langau”. Seorang pahlawan yang sedang dalam perjalanan ke utara telah tewas oleh seekor langau yang mengganggunya ketika berehat di tebing sungai.Akhirnya pahlawan tersebut telah meneroka kawasan tersebut dan dijadikan penempatan yang diberi nama Se-langau dan  akhirnya menjadi Selangor.
Kononya  juga nama Selangor berasal dari pokok mentagau yang banyak terdapat di kawasan pinggir sungai.Pohonnya besar dan rimbun dan boleh dilihat dari laut, ada diantara pedangan mengatakan “aku singgah di Kuala Sungai mentagau” seterusya berkembang dan akhirnya menjadi Kuala Selangor.
Pendapat lain ada megatakan Selangor berasal dari perkataan “Salang” dan “jemur”.dikata kan  Kuala Selangor menjada tempat penyeksaan para penderhaka dengan cara disalang dan dijemur hingga mati.Dua perkataan salang dan jemur dicantumkan menjadi Selangor.

Asal usul nama kampung
Nama Sijangkang berasal dari sejenis pokok yang menyamai pokok getah. Ia adalah sejenis pokok hutan 

yang menyebarkan biji-biji dengan cara ltupan sendiri. Nama pokok itu adalah pokok Jangkang. Pokok ini 

terdapat di sebahagian tempat di Indonesia.
Masih berkaitan dengan pendapat pertama juga. Pokok Jangkang itu mati di sebuah anak sungai yang 

kemudiannya diberi nama sungai Jangkang iaitu anak Sungai Langat. Dalam bahasa Cina, mati disebut ‘si’. 

Maka timbul nama ‘Si Jangkang’ yang akhirnya bertukar menjadi ‘SIJANGKANG’.


Adverbs Of Frequency

Adverbs of Frequency

We use some adverbs to describe how frequently we do an activity.
These are called adverbs of frequency and include:
FrequencyAdverb of FrequencyExample Sentence
100%alwaysalways go to bed before 11pm.
90%usuallyusually have cereal for breakfast.
80%normally / generallynormally go to the gym.
70%often* / frequentlyoften surf the internet.
50%sometimessometimes forget my wife's birthday.
30%occasionallyoccasionally eat junk food.
10%seldomseldom read the newspaper.
5%hardly ever / rarelyhardly ever drink alcohol.
0%nevernever swim in the sea.
* Some people pronounce the 'T' in often but many others do not.

The Position of the Adverb in a Sentence

An adverb of frequency goes before a main verb (except with To Be).
Subject + adverb + main verb
always remember to do my homework.
He normally gets good marks in exams.

An adverb of frequency goes after the verb To Be.
Subject + to be + adverb
They are never pleased to see me.
She isn't usually bad tempered.

When we use an auxiliary verb (have, will, must, might, could, would, can, etc.), the adverb is placed between the auxiliary and the main verb. This is also true for to be.
Subject + auxiliary + adverb + main verb
She can sometimes beat me in a race.
would hardly ever be unkind to someone.
They might never see each other again.
They could occasionally be heard laughing.

We can also use the following adverbs at the start of a sentence:
Usually, normally, often, frequently, sometimes, occasionally
  • Occasionally, I like to eat Thai food.
BUT we cannot use the following at the beginning of a sentence:
Always, seldom, rarely, hardly, ever, never.

We use hardly ever and never with positive, not negative verbs:
  • She hardly ever comes to my parties.
  • They never say 'thank you'.
We use ever in questions and negative statements:
  • Have you ever been to New Zealand?
  • I haven't ever been to Switzerland. (The same as 'I have never been Switzerland').
We can also use the following expressions when we want to be more specific about the frequency:
- every day - once a month - twice a year - four times a day - every other week
If you would like to play an interactive game about Adverbs of Frequency, visit: Adverbs of Frequency Word Order Game.
To see more information about adverbs, check out: Adverbs
Adverbs of Frequency in English

If you found this information about Adverbs of Frequency useful, share it with others: 
P/S= Sorry, I'm just copy and paste. Just want to share.

Saturday, 3 August 2013

Bahasa Melayu- KOMSAS


Pengenalan Antologi

~Konsep asas menganalisis karya (genre puisi tradisional,
puisi moden(sajak),prosa tradisional dan prosa moden (cerpen dan drama).

  • Isi Cerita/Sinopsis atau Maksud
  1. Ringkasan isi dan jalan cerita atau inti pati cerita secara menyeluruh.
  2. Maksud sama ada maksud keseluruhan atau maksud rangkap demi rangkap.
  • Tema/Pemikiran
  1. Persoalan pokok (PP) atau persoalan utama yang ingin disampaikan oleh pengarang.
  2. Tema ialah rangkuman semua persoalan.(P)

  • Persoalan
  1. Idea-idea yang mendukung idea pokok dan mengukuhkan seluruh karya.
  • Plot
  1. Jalan cerita, iaitu perkembangan cerita dari awal hingga ke akhir cerita,
  2. Peringkat jalan cerita terdiri daripada beberapa bahagian/binaan:
a)Bahagian permulaan atau pengenalan (eksposisi)
b) Bahagian perkembangan dan perumitan.
c)Bahagian klimaks/ kemuncak
d)Bahagian peleraian/ penyelesaian..

  • Teknik plot
Terdiri daripada:

  1. Pemerian/Penghuraian/Naratif - Perincian suasana, latar, dan watak dan perwatakan.
  2. Imbas kembali - Kenangan atau ingatan lampau/lalu yang mengisi ruang masa kini.
  3. Imbas muka - Gambaran perkara yang akan berlaku.
  4. Dialog - Perbualan antara watak.
  5. Monolog - Pertuturan watak secara bersendirian.
  6. Monolog dalaman - Pertuturan dalam hati atau fikiran watak.
  7. Saspens/Ketegangan - Perasaan ingin tahu pembaca.
  8. Kejutan - Aspek luar jangkaan pembaca.
  9. Konflik - Krisis yang berlaku dalam cerita. Konflik menjadikan cerita lebih menarik dan merangsang minat membaca.

  • Watak dan Perwatakan 
  1. Watak utama ialah watak penting yang menjadi nadi cerita.
  2. Watak sampingan ialah watak lain yang membantu utama mengembangkan cerita,
  3. Perwatakan ialah sifat-sifat yang dimiliki oleh watak.

  • Nilai
  1. Terdapat 16 nilai murni dan 63 cabang nilai yang patut diteladani oleh pembaca seperti yang terdapat dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
  2. Antara nilai murni tersebut adalah baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental,kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat.

  • Pengajaran/ Mesej
  1. Pengajaran atau mesej ialah amanat, nasihat dan iktibar untuk tujuan mendidik pembaca.
  2. Pengajaran yang disampaikan secara tersurat dan tersirat.

  • Latar
  1. Latar tempat ialah ruang, tempat atau lokasi sesuatu kejadian berlaku.
  2. Latar masa ialah waktu sesuatu kejadian itu berlaku,
  3. Latar masyarakat ialah ruang lingkup masyarakat yang digambarkan malalui nilai kehidupan, sikap, pemikiran norma, pendapat dan pandangan dunia masyarakat.

  • Gaya Bahasa
  1. Wadah pengarang dalam menyampaikan idea atau maksud dalam fikirannya meliputi aspek kata, frasa, klausa, ayat dan wacana dalam mengembangkan isi ceritanya.
  2. Pengarang menerapkan pelbagai unsur bahasa supaya lebih menarik, puitis dan ada nilai estetik bagi merangsang daya fikir, daya tunpuan dan keinginan pembaca.
  3. Gaya bahasa dalam prosa dan puisi agak berbeza kerana gaya bahasa dalam puisi lebih berestetik atau puitis berbanding dengan prosa.


  • Unsur Bunyi
  1. Asonansi - Pengulangan bunyi huruf vokal (a, e, i, o,u)
  2. Aliterasi - pengulangan bunyi konsonan.

  • Bentuk / Cara Puisi
  1. Kajian tentang bentuk puisi mencakupi aspek:
a) Jumlah rangkap.
b) Jumlah baris serangkap / keseluruhan.
c) Jumlah patah pekataan
d) Jumlah suku kata
e) Rima akhir
f) Analisis bentuk sama ada terikat atau tidak.

  • Nada
  1. Protes - Menunjukkan ketidaksenangan terhadap sesuatu isu atau perkara.
  2. Patriotik - Menunjukkan keadaan hati yang bersemangat tinggi terhadap bangsa atau negara.
  3. Romantik - Menunjukkan perasaan yang sarat dengan kasih sayang.
  4. Nostalgia - Mengungkapkan kerinduan pada sesuatu kenangan.
  5. Melankolik - Menunjukkan kesedihan yang tidak terhingga.
  6. Elegi - Pengucapan sayu, pilu, sedih dan kesal.

Bab 2 : Sains tingkatan 1


Bab 2: Sel sebagai Unit Hidupan
~ Sel ialah struktur binaan asas badan kita. Sel-sel adalah seperti batu-bata
dalam sebuah bangunan. Badan manusia terbentuk daripada beberapa sistem.
Sistem terbentuk apabila beberapa organ bekerjasama menjalankan fungsi 
yang tertentu, contohnya proses pencernaan makanan.
  1. Sel ialah unit asas semua benda hidup. (sel tumbuhan dan sel haiwan)
  2. Tisu terbentuk daripada sekumpulan sel yang sama yang menjalankan fungsi yang sama.(Tisu otot, dll)
  3. Organ terbentuk daripada beberapa jenis tisu (seperti tisu epitelium) yang digolongkan untuk menjalankan fungsi tertentu.(Perut, dll)
  4. Sistem terbentuk apabila dua atau lebih organ menjalankan fungsi yang tertentu.(manusia, sistem rangka, dll

Perbezaan Sel Haiwan dan Tumbuhan

Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan


Contoh Organ


                                                                
                                                                                  Sistem rangka


Contoh-contoh sistem






Pantun Ramadhan~


PANTUN RAMADAN


Sungguh indah di malam hari, 
Cahaya bintang bergemerlapan;
Madrasah Ramadan tiba lagi,
Bulan yang penuh dengan keberkatan.

Tenangnya hati dengan berzikir,
Mengingati Allah sebaik amalan;
Kepada-Mu Allah kupanjatkan syukur,
Dapat merasai keindahan Ramadan.

Ibadah berganda di bulan umat,
Buat hamba Allah yang beriman;
Menantikan satu malam yang penuh berkat,
Malam yang baik dari seribu bulan.

Tadarus Quran tidak dilupakan,
Solat terawih di malam hari;
Ibadah sunat juga digandakan,
Sebagai bekalan rohani dan jasmani.

Ramadan karim bulan tarbiyah,
Bulan istimewa dalam tahun hijri;
Ayuh bersama tingkatkan amal ibadah,
Demi kemanisan iman yang ingin dikecapi.

Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak untuk semua umat Islam tidak kira di mana-mana jua anda berada. Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna buat kita.

By: http://bmssbj.blogspot.com