
Antara cerita yang mengaitkan
nama Selangor adalah daripada sejenis serangga yang digelar “langau”. Seorang
pahlawan yang sedang dalam perjalanan ke utara telah tewas oleh seekor langau
yang mengganggunya ketika berehat di tebing sungai.Akhirnya pahlawan tersebut
telah meneroka kawasan tersebut dan dijadikan penempatan yang diberi nama
Se-langau dan akhirnya menjadi Selangor.
Kononya juga nama Selangor berasal dari pokok
mentagau yang banyak terdapat di kawasan pinggir sungai.Pohonnya besar dan
rimbun dan boleh dilihat dari laut, ada diantara pedangan mengatakan “aku
singgah di Kuala Sungai mentagau” seterusya berkembang dan akhirnya menjadi
Kuala Selangor.
Pendapat lain ada megatakan
Selangor berasal dari perkataan “Salang” dan “jemur”.dikata kan Kuala Selangor menjada tempat penyeksaan para
penderhaka dengan cara disalang dan dijemur hingga mati.Dua perkataan salang
dan jemur dicantumkan menjadi Selangor.
Asal usul nama kampung
Nama Sijangkang berasal dari sejenis pokok yang menyamai pokok
getah. Ia adalah sejenis pokok hutan
yang menyebarkan biji-biji dengan cara ltupan sendiri. Nama pokok itu adalah pokok Jangkang. Pokok ini
terdapat di sebahagian tempat di Indonesia.
yang menyebarkan biji-biji dengan cara ltupan sendiri. Nama pokok itu adalah pokok Jangkang. Pokok ini
terdapat di sebahagian tempat di Indonesia.
Masih berkaitan dengan pendapat pertama juga. Pokok Jangkang itu
mati di sebuah anak sungai yang
kemudiannya diberi nama sungai Jangkang iaitu anak Sungai Langat. Dalam bahasa Cina, mati disebut ‘si’.
Maka timbul nama ‘Si Jangkang’ yang akhirnya bertukar menjadi ‘SIJANGKANG’.
kemudiannya diberi nama sungai Jangkang iaitu anak Sungai Langat. Dalam bahasa Cina, mati disebut ‘si’.
Maka timbul nama ‘Si Jangkang’ yang akhirnya bertukar menjadi ‘SIJANGKANG’.
No comments:
Post a Comment