background

Tuesday, 6 August 2013

Perginya Bulan Yang Mulia, Hadirnya Bulan Yang Ceria~


Salam Ramadhan!
Bagaimana puasa kalian semua? Seronok? Penuh tak? hehe, Nampaknya, sudah hampir sebulan, Kita menyambut Bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan..dan 1001 memori indah, yang mungkin sukar untuk kita lupakan. Dalam bulan Ramadhan, banyak perkara, amalan dan kebaikan, yang kita dapat rasai dan perolehi..tetapi, tidak dalam bulan2 yang lain, kan? Contohnya seperti, solat terawih. Dalam bulan lain, mana ada solat terawih kan? Bulan Ramadhan, banyak keistimewaannya .Terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan, iaitu.. Malam Lailatul Qadr.. semua orang, berlumba-lumba ingin mendapatkan malam yang penuh keberkatan itu...tapi, tidak semua orang yang dapat merasainya. Hanya segelintir sahaja dari kalangan kita yang dapat merasainya iaitu mereka yang benar2 terpilih oleh ALLAH SWT. 

Ramadhan ini, adakah kita menyambutnya dengan hati yang gembira? Adakah kita memanfaatkannya dengan baik, sempurna? Atau sedih.. kerana tidak dapat makan?
Sudah cukupkah, amalan yang kita lakukan bagi meningkatkan keimanan kita kepada-Nya?
Tepuk dada, tanyalah iman. Sebenarnya, bulan Ramadhan ini, bukanlah sahaja, bulan di mana kita tingkatkan ibadah kita. Tetapi, bulan inilah yang melatih kita dan memperbaiki amalan, ibadah dan iman kita agar menjadi lebih baik.. Bukan untuk kita terus lupakan dan hentikan amalan dan ibadah yang kita lakukan dalam bulan Ramadhan itu. Jadi, teruskanlah segala amalan2 tersebut dalam bulan yang seterusnya. Ok? Thaiyyib!..Memandangkan, Ramadhan tinggal beberapa hari sahaja lagi, marilah sama2, kita tingkatkan amalan dengan penuh keimanan dan keikhlasan kerana ALLAH SWT. Mungkin, Ramadhan ini, Ramadhan yang terakhir buat kita. Kita tak tahu? ALLAH boleh tarik nyawa kita, bila2 sahaja. Hari esok pun, kita tidak pasti.. sama ada, kita dapat lalui atau pun tidak.. Segala kemungkinan boleh berlaku. Jadi, apakah perasaan kita? akan kehilangan dan kepergian bulan Ramadhan ini? Saya ingin berkongsi sedikit kata2 daripada  AJK BADAR sekolah saya.

"Terdapat tiga golongan yang akan lahir esok. Golongan pertama ialah mereka yang bersedih dengan pemergian bulan barakah ini. Golongan kedua ialah mereka yang gembira dengan kehilangannya kerana tidak perlu lagi menyekat nafsu mereka. Golongan yang ketiga pula ialah mereka yang tiada merasa apa-apa."

Jadi, kita dalam kelompok yang mana? Tanyalah iman kita.

Ustaz Hafiz , penceramah sempena Bulan Ramadhan di sekolah saya ada berkata:
Saudara2 kita di negara luar seperti Mekah, Madinah, mereka semua.. sangat sedih akan kepergian Bulan Ramadhan. mereka berharap sangat agar bulan ini, tak akan pergi dan terus ada. Apabila bunyi mercun 3 kali yang menandakan esok merupakan Hari Raya, mereka semua menangis.. Kerana terlalu sedih akan kehilangannya. Tetapi, kita di sini? Bagaimana? Apakah reaksi dan tindakan kita, apabila diumumkan esok adalah Hari Raya? Ada di kalangan kita yang meloncat kegembiraan. Bagi mereka yang merasai kenikmatan bulan Ramadhan ini, pasti mereka akan berasa sedih. Kerana kita tidak akan dapat merasai kenikmatan seperti di bulan ini dalam bulan yang lain. Jadi, Hargailah Ramadhan kali ini.

Seperti yang kita tahu, Bulan Syawal akan tiba, tidak lama lagi. Ramai di kalangan kita yang  gembira dan tidak sabar2 hendak menyambut kedatangannya. Syaitan pun sudah tidak sabar menanti hari raya. kerana apa? kerana tidak lama lagi, mereka akan dibebaskan daripada penjara mereka. Pasti mereka sedang berkemas dan bersiap2 untuk keluar. Adakah kita seperti mereka? jawablah sendiri ye. Ha! memandangkan syaitan pun dah nak bebas, adakah kita sudah bersedia untuk berhadapan dengan mereka? Bisakah kita menghadapi godaan mereka? Tanyalah hati kita. Semoga segala amalan kita dapat membantu kita melawan godaan2 mereka. Amin. Insya-Allah. Tetapi, Apabila pengumuman Hari Raya pada esok hari diumumkan, mulalah kedengaran mercun di sana sini. Ketika bulan Ramadhan pun, sudah kedengaran bunyi mercun. Sampai kan, ada yang tercedera kerana bermain mercun mahu pun bunga api. Macam2 kejadian yang tidak diingini berlaku. Mengapa? Ini semua, akibat kelalaian kita sendiri. Oleh itu, adakah kita sudah benar2 menjadi hamba-Nya yang taat akan suruhan-Nya? Adakah kita sudah benar2 jauh daripada melakukan  maksiat dan larangan-Nya? Sudah cukupkah iman kita ini? Untuk kita teruskan kehidupan seharian kita.  Jadi, jika kita tiada kesungguhan di kala Ramadhan, apalah gunanya untuk kita raikan Syawal ini.  Malulah pada diri kita. Oleh itu, marilah sama-sama kita tajdid niat kita bahawa kita berpuasa bukanlah semata-mata untuk raya, tapi, semuanya kerana ALLAH SWT. Nikmatilah detik-detik terakhir ini. Ingat-mengingatilah antara kita semua. Semoga kita semua mendapat keberkatan, rahmat dan keredhaan ALLAH SWT. Insya-Allah.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan, 
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"
"MAAF ZAHIR & BATIN"

"كل عام وانتم بخير"


Eid Mubarak! Maaf atas segala kesilapan dan keterlanjuran diri ini. Harap dimaafkan.
Sekian sahaja daripada saya.. Jazakumullahu Khairan! Assalamu'alaikum wbt.



Written By: Ummi Syahidah Jamahari




  

No comments:

Post a Comment