background

Wednesday, 7 August 2013

Eid Mubarak!


Salam Lebaran semua!

Nampaknya, Ramadhan sudah pun berakhir. Apa perasaan kalian?
Mungkin ada yang gembira, sebab dah tak payah puasa. Atau pun gembira sebab nak raya. Tapi, mungkin ada juga yang sedih akan kehilangan dan kepergian Bulan yang Mulia. Syaitan2 pun dah mula berkeliaran. Mereka semua pun gembira.. sangat. Sebab, mereka dah bebas daripada penjara setelah sebulan mereka terperuk di sana. Mereka semua sudah tidak sabar dan sudah bersedia untuk 'beraya' bersama kita.

Sedih kan? Bulan Ramadhan dah pergi. Pasti kita akan merinduinya kan?
Rindu nak solat terawih dekat masjid, buka puasa ramai2, tadarus. Hurmm.. :( Tahun depan pun, kita tidak pasti, sama ada masih adakah peluang untuk kita merasai Bulan Ramadhan ini lagi. Hurmm.. nampaknya, malam ni, dah mula da, 'perang mercun'. Sana sini ada. Hah! nak main tu boleh.. tapi, hati2 lah. Jangan main terlampau syok sangat, sampai lupa dunia. Okey? Nanti kan, ada yang melecur sanalah, sinilah. Patah sanalah, sinilah.. hesh, macam2.. Jadi, ingat pesanan Syidah ni tau.

Ha, tadi. Apabila pengumuman raya disiarkan oleh seorang... apa kita nak gelar dia ye. Senang kata, pakcik lah.. hehe.. Maaf pakcik. Ok. Jadi, apa perasaan dan reaksi semua? Wah! bukan main seronok lagi kan? Mestilah seronok, nak raya.. nanti dapat duit raya, kan? hihi. Syidah? hurmm.. Syidah pun tak pasti, apa perasaan Syidah. Nak kata, gembira, adalah jugak. Yelah, siapa yang tak suka, bila raya? Tapi, dalam masa yang sama. Syidah rasa sedih, sebab, Ramadhan dah pergi. Tak tahu dapat jumpa lagi ke tak. Huhu~. Amalan dan Iman Syidah pun, tak pasti dah cukup atau meningkat ke belum. Hurmm.. Yang pasti, Syidah dah cuba buat yang terbaik. Insya-Allah. Usaha itu yang penting kan? 

Baiklah. Syidah nak kongsikan sedikit perkongsian berkenaan Aidilfitri. Syidah dapat daripada sahabat dan juga merupakan blogger. Mari kita baca dan sama2lah kita cuba amalkan ye. Insya-Allah.

Amalan Rasulullah S.A.W Pada Malam & Menjelang AidilFitri

1) Solat sunat tasbih :

 nabi menyarankan kepada kita melakukan solat sunat tasbih pada tiap-tiap malam. Andai kata tidak mampu, sekali seminggu. Andai tidak mampu jugak, sekali sebulan. Andai tidak mampu lagi, sekali setahun. Andai tidak mampu2 lagi, kerjakanlah sekali seumur hidup.

2) Qiamullail : 

Imam syafie pernah menyebut dalam kitabnya Al-um, bahawasanya ada 5 malam yang mana sangat mustajab untuk berdoa. 
1) malam jumaat 
2) malam aidil fitri 
3) malam aidil adha 
4) malam awal bulan rejab 
5) malam nisfu syaaban.


3) Mandi sunat aidil fitri : 

ianya sangat mudah untuk dilakukan. Sebelum mandi mestilah berniat seperti ‘sahaja aku mandi sunat hari raya fitrah kerana Allah taala. Ia bukanlah terbatas setakat itu sahaja, bahkan segala apa sahaja amalan yang kita lakukan jika diniatkan kerana Allah, nescaya ianya akan dikira sebagai ibadah.


4) Makan sebelum menunaikan solat sunat aidilfitri :

ada riwayat yang menceritakan bahawa sebelum pergi bersolat sunat aidilfitri nabi akan makan buah tamar. Dan buah tamar yang dimakan oleh nabi adalah dalam bilangan ganjil. Ada yang menyebut 3. Ada jugak yang menyebut 5. Wallahua’lam.


5) Memakai pakaian yang suci :

 ia merupakan lambang kepada kemenangan seorang muslim selepas Berjaya menahan dugaan dan nafsu selama sebulan. Sesetengah ulama berpendapat bahawa jubah putih dan serban putih adalah pakaian hari raya yang terbaik. Namun begitu, pakaian yang lain tidaklah dilarang untuk dipakai asalkan ianya adalah pakaina terbaik yang dimiliki.


6) Memakai wangi-wangian :

ia disunatkan kepada lelaki sahaja. Wanita tidak boleh memakai wangian yang baunya keterlaluan kerana boleh menjadi fitnah.


7) Banyakkan bertakbir :

sebaik saja masuknya malam pertama bulan Syawal kita digalakkan untuk bertakbir sehingga imam mengangkat takbir sembahyang raya. Ini kerana selepas solat sunat fitrah stidak lagi disunatkan untuk bertakbir seperti mana sebelumnya.


8) Menunaikan zakat fitrah pada pagi hari raya :

nabi pernah bersabda bahawa waktu yang paling afdhal untuk menunaikan zakat fitrah ialah pada pagi hari raya fitrah. 0leh sebab itu solat sunat hari raya sunat dilambatkan bagi memberi peluang menunaikan zakat fitrah.


9) Pergi ke masjid melalui jalan yang berlainan dengan jalan pulang ke rumah :

 islam adalah agama yang mementingkan ukhuwah. Tujuan nabi pergi ke masjid melalui jalan yang berbeza dengan jalan pulang ke rumah adalah untuk berjumpa dengan lebih ramai orang untuk bermaaf-maafan. Lihatlah betapa senangnya untuk memperoleh pahala tetapi semuanya bergantung kepada ilmu seseorang.

Copy paste via fizgraphic.

Alright, that's all.. Tata,,. Wassalamu'alaikum..


 

No comments:

Post a Comment