background

Friday, 9 August 2013

Umat Islam Malas Membaca?

Macam mana semua, beraya? Best? Mestilah kan, dapat banyak duit raya.. hehe..
Baiklah, di sini, Syidah nak berkongsi sedikit sebuah cerita yang pernah disampaikan
oleh akak senior Syidah di sekolah. Tapi, ini just copy pasta je, daripada, sahabat Syidah..
Farahin Hamzah.

"Cerita pendek. Aku mahu kau teliti dan hayati. Bukan sekadar pandang. Tapi rasailah.

Suatu petang usainya solat asar berjemaah. Sesi ta'alim diadakan. Seorang seniorku menceritakan sebuah cerita yang dianggap kisah benar atau cerita benar. Beliau berkata, ada seorang tentera yahudi atau israel telah menulis sebuah buku 'Strategi mengalahkan tentera yahudi' (lebih kurang begitulah) Ya. Mesti kalian tertanya-tanya mengapa dia menulis buku sebegitu? Usah pertikaikan dahulu.

Selepas itu, kawannya bertanya kepada tentera itu, "mengapakah kau menulis buku sebegitu? apakah kau tidak takut jika umat islam ternampak buku itu?" dia menjawab "aku tidak takut kepada mereka kerana aku tahu yang umat islam memang tidak akan baca buku aku ini"

Nampak? Sekarang kalian sudah boleh mula untuk pertikaikan. Jadi, ini salah siapa? Kita atau mereka? Aku beranggapan ini semua salah kita yang malas membaca. Yalah, dunia semakin moden teknologi semakin canggih. Banyak gadjet-gadjet jadi buruan anak muda. Mereka sudah tidak peduli untuk membaca perkara ilmiah. Membaca info info terkini pun melalui internet, suratkhabar mana nak dibelinya. Inilah kita, mata dikaburi oleh permainan negara barat. Aduhai. Jadi, dengan cerita yang aku sampaikan tadi aku berharap agar kalian semua mengambil iktibar dan berfikir sejenak. Sekian."

Ha. Begitulah ceritanya. Jadi, bagaimana? telah terbukti di sini, bahawa tentera yahudi ni, sudah menganggap kita(umat Islam), tidak rajin untuk membaca. Jadi, sama2lah kita ubah diri kita ye, dan mempertahankan Umat Islam. Biar mereka semua takut dengan kita. ;)

Sekian, Wassalamu.

No comments:

Post a Comment