background

Saturday, 3 August 2013

Bahasa Melayu- KOMSAS


Pengenalan Antologi

~Konsep asas menganalisis karya (genre puisi tradisional,
puisi moden(sajak),prosa tradisional dan prosa moden (cerpen dan drama).

  • Isi Cerita/Sinopsis atau Maksud
  1. Ringkasan isi dan jalan cerita atau inti pati cerita secara menyeluruh.
  2. Maksud sama ada maksud keseluruhan atau maksud rangkap demi rangkap.
  • Tema/Pemikiran
  1. Persoalan pokok (PP) atau persoalan utama yang ingin disampaikan oleh pengarang.
  2. Tema ialah rangkuman semua persoalan.(P)

  • Persoalan
  1. Idea-idea yang mendukung idea pokok dan mengukuhkan seluruh karya.
  • Plot
  1. Jalan cerita, iaitu perkembangan cerita dari awal hingga ke akhir cerita,
  2. Peringkat jalan cerita terdiri daripada beberapa bahagian/binaan:
a)Bahagian permulaan atau pengenalan (eksposisi)
b) Bahagian perkembangan dan perumitan.
c)Bahagian klimaks/ kemuncak
d)Bahagian peleraian/ penyelesaian..

  • Teknik plot
Terdiri daripada:

  1. Pemerian/Penghuraian/Naratif - Perincian suasana, latar, dan watak dan perwatakan.
  2. Imbas kembali - Kenangan atau ingatan lampau/lalu yang mengisi ruang masa kini.
  3. Imbas muka - Gambaran perkara yang akan berlaku.
  4. Dialog - Perbualan antara watak.
  5. Monolog - Pertuturan watak secara bersendirian.
  6. Monolog dalaman - Pertuturan dalam hati atau fikiran watak.
  7. Saspens/Ketegangan - Perasaan ingin tahu pembaca.
  8. Kejutan - Aspek luar jangkaan pembaca.
  9. Konflik - Krisis yang berlaku dalam cerita. Konflik menjadikan cerita lebih menarik dan merangsang minat membaca.

  • Watak dan Perwatakan 
  1. Watak utama ialah watak penting yang menjadi nadi cerita.
  2. Watak sampingan ialah watak lain yang membantu utama mengembangkan cerita,
  3. Perwatakan ialah sifat-sifat yang dimiliki oleh watak.

  • Nilai
  1. Terdapat 16 nilai murni dan 63 cabang nilai yang patut diteladani oleh pembaca seperti yang terdapat dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
  2. Antara nilai murni tersebut adalah baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental,kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat.

  • Pengajaran/ Mesej
  1. Pengajaran atau mesej ialah amanat, nasihat dan iktibar untuk tujuan mendidik pembaca.
  2. Pengajaran yang disampaikan secara tersurat dan tersirat.

  • Latar
  1. Latar tempat ialah ruang, tempat atau lokasi sesuatu kejadian berlaku.
  2. Latar masa ialah waktu sesuatu kejadian itu berlaku,
  3. Latar masyarakat ialah ruang lingkup masyarakat yang digambarkan malalui nilai kehidupan, sikap, pemikiran norma, pendapat dan pandangan dunia masyarakat.

  • Gaya Bahasa
  1. Wadah pengarang dalam menyampaikan idea atau maksud dalam fikirannya meliputi aspek kata, frasa, klausa, ayat dan wacana dalam mengembangkan isi ceritanya.
  2. Pengarang menerapkan pelbagai unsur bahasa supaya lebih menarik, puitis dan ada nilai estetik bagi merangsang daya fikir, daya tunpuan dan keinginan pembaca.
  3. Gaya bahasa dalam prosa dan puisi agak berbeza kerana gaya bahasa dalam puisi lebih berestetik atau puitis berbanding dengan prosa.


  • Unsur Bunyi
  1. Asonansi - Pengulangan bunyi huruf vokal (a, e, i, o,u)
  2. Aliterasi - pengulangan bunyi konsonan.

  • Bentuk / Cara Puisi
  1. Kajian tentang bentuk puisi mencakupi aspek:
a) Jumlah rangkap.
b) Jumlah baris serangkap / keseluruhan.
c) Jumlah patah pekataan
d) Jumlah suku kata
e) Rima akhir
f) Analisis bentuk sama ada terikat atau tidak.

  • Nada
  1. Protes - Menunjukkan ketidaksenangan terhadap sesuatu isu atau perkara.
  2. Patriotik - Menunjukkan keadaan hati yang bersemangat tinggi terhadap bangsa atau negara.
  3. Romantik - Menunjukkan perasaan yang sarat dengan kasih sayang.
  4. Nostalgia - Mengungkapkan kerinduan pada sesuatu kenangan.
  5. Melankolik - Menunjukkan kesedihan yang tidak terhingga.
  6. Elegi - Pengucapan sayu, pilu, sedih dan kesal.

No comments:

Post a Comment